Sunday, 10 January 2021

Stress

 Semua orang akan alami perasaan stress. Macam mana boleh jadi stress? Sebenarnya ada banyak sangat faktor dalaman and luaran yang boleh bawa kita ke arah itu. Cumanya yang membezakan kematangan seseorang untuk kawal stress itu ialah cara diri kita sendiri nak avoid perasaan ini berlaku. Ada orang yang nak heal kan perasaan stress itu dekat orang lain, ada orang yang pendam perasaan masing-masing. Kalau nak listkan setiap satu cara orang atasi stress, memang tak akan habis blog ini.  

Antara punca yang boleh buat kita stress adalah kerana banyak sangat fikir or biasa orang sebut overthinking. Diri kita sendiri selalu fikir kelemahan yang ada dalam diri kita. Kita pun boleh jadi stress bila kita fikir dalam kelas, kita paling banyak tertinggal. Orang lain semua pandai and bersungguh. Bila kerja banyak pun kita boleh jadi stress. Biasalah itu, lumrah kehidupan lagi-lagi kita student.

Bila online learning ini, maybe bertambah stress sebab kita di rumah. Assignment banyak and of course kita akan buat assignment dulu and kurang sosial dalam family. Bila kita tak dapat nak jaga hati dan perasaan keluarga pun boleh bagi pressure untuk kita sebab kita kurang buat kerja rumah rather than buat assignments. Berbeza, if kita duduk di kolej, sama juga kita akan focus lagi untuk assignment. Tapi siapa kita nak bagi alasan untuk itu? Kita sendiri kena pandai ubah and manage masa kita. 

Tanda-tanda kita stress ini akan dapat dilihat melalui diri kita sendiri. I mean cara kita. Contoh, kita akan jadi orang yang cepat marah, kita penat keterlaluan, hilang minat terhadap kerja yang kita buat sekarang. Contoh, as students, minat nak belajar akan semakin kurang, as pekerja, minat nak bekerja pun akan makin kurang. Sebab apa? Stress. Tapi, kenapa kita nak bagi alasan yang kita tak boleh buat semua itu? Tak tidur malam setiap hari pun akan buat kita pressure bahkan boleh buat kesihatan kita terjejas juga. 

Jadi, stress ini pun banyak sangat berkait dengan kesihatan kita. Jaga diri masing-masing, jaga kesihatan, makan minum cukup, jaga diri kita semua terutamanya student macam saya. 

Jangan stress. :)

No comments:

Post a Comment