Skin cantik ini bukanlah 100% datang dari skincare, tapi yang penting ialah lifestyle kita. Apa yang kita buat? Apa yang kita makan? Apa routine harian kita? Minum air banyak tak? Yes, sangat mainkan peranan yang besar. Apa yang kita kena buat untuk dapatkan kulit yang cantik dan sihat?
Pertama sekali, minum air banyak. Kenapa minum air ini sangat penting? Sebab dengan air, kita bukan sahaja dapat sihatkan buah pinggang, tapi boleh juga buat skin kita hydrated. Lembab selalu, no dry skin. Sehari kena make sure minum air dalam 8 gelas. Dua liter sehari is fine. Nak lebih boleh, tapi jangan terlalu lebih ya sebab boleh merosakkan buah pinggang juga. Jangan lebih, jangan kurang.
Kedua, pilih skincare yang sesuai dengan kulit kita. Always listen to your skin, even tak boleh bercakap, tapi skin kita akan tunjuk reaction dalam masa 24 hours sekiranya skincare itu tak sesuai dengan skin. Apa tanda skin kita tak sesuai dengan product itu? Kita akan rasa gatal, panas and merah merah akan naik pada skin. Lain ya dengan purging process. If kita ada sensitive skin, elakkan pakai skincare yang ada texture high foam or high PH. Elakkan juga pakai scrub jenis physical which is texture kasar. Just yang terbaik untuk semua jenis skin ialah skincare yang ada texture gel and water based.
Kenapa tak digalakkan pakai cleanser high foam? Sebab kalau selalu basuh muka guna cleanser banyak buih, kulit kita akan jadi lagi sensitive and boleh nipiskan kulit kita. Takut tak? Elok elok skin kita okay, tiba tiba jadi sensitive sebab kesalahan kita sendiri tanpa sedar! Hati hati bila pilih skincare tau.
Ketiga, jaga lifestyle. Minum air banyak, kerap tukar cadar dua minggu sekali atau dua kali. Basuh telekung setiap minggu, basuh lah apa apa yang patut dibasuh. And selalu jaga pemakanan juga. Kurangkan makan makanan yang bergoreng, sebab ada minyak. Bukan sahaja boleh buat skin kita makin berminyak, tapi boleh juga naikkan kolesterol badan kita. Kurangkan juga makan benda manis, seafood and kekacang. Ada yang makan, tak jadi apa apa effect. Ada juga yang makan, terus naik jerawat. Hati hati.
Keempat, kukuhkan basic skincare. Yang ini maha penting! Basic skincare itu wajib pakai untuk setiap orang sebab itulah yang paling asas untuk kulit kita. Contohnya moisturiser, cleanser & sunscreen. Tiga komponen product ini lah yang paling wajih kena pakai. Cleanser untuk bersihkan skin luaran, moisturiser untuk hydrated kan skin and sunscreen paling WAJIB! Kena pakai and reapply setiap 3 jam sekali even duduk dalam rumah.
Jadi, skin ini is not all about skincare, but you have to take a good care of your lifestyle too. Bukan 100% dari product yang dipakai. Apapun kukuhkan basic skincare dan minum air banyak dulu.
No comments:
Post a Comment