Kemalangan tak kisahlah kereta, motor or lori pun mesti ada insurans. Insurans ini sangat penting untuk cover kos repair kereta itu. So jimatlah duit kita. Apa perlu kita buat kalau first time accident / kemalangan kereta? Lagi lagi insurans kereta itu bukan bawah nama kita. Apa nak buat? Entry kali ini saya akan focuskan untuk kereta sahaja sebab saya tak ada motor or lori.
Pertama sekali, jangan cuak berlebihan. Penting sangat untuk kita save number agent insurans or apa apa yang berkaitan dengan orang yang urus accident. Sebab apa kena save? If tiba tiba kita accident luar jangkaan, kita boleh terus call orang itu untuk datang check sama ada insurans kita boleh claim tak? Ada banyak jenis salah satunya first party, yang itu boleh claim untuk kedua-dua kereta yang rosak. Tapi if kereta yang dilanggar itu insurans dah mati, kita tak boleh cover kan melainkan masing-masing pandai adjust.
After dah call, usually mereka akan datang terus ke tempat kejadian and akan melibatkan towing truck if kereta tak boleh jalan. Disclaimer! Jangan mudah percaya dengan towing sebab ada yang ambil kesempatan.
Kedua, kereta itu akan dibawa ke balai polis terdekat untuk polis buat siasatan siapa yang bersalah, akan disaman rm300. You guys akan dapat satu surat and kena pergi mahkamah untuk urusan seterusnya. Boleh bayar saman guna sistem MyEg. Tapi ada charge rm2. Cara lain nak bayar, boleh pergi di JPJ or balai polis. Tujuan pergi mahkamah itu untuk claim supaya tak perlu bayar saman. Tapi tarikh pada surat untuk ke mahkamah itu biasanya akan letak pada tarikh after last bayar saman. So nak tak nak kita kena bayar juga haha.
Ketiga, sediakan surat insurans (cover note). Contoh, kereta saya guna Etiqa. Kenapa kena ada cover note? Supaya bukti kita boleh claim. Tapi kalau nak claim insurans, wajib ada report polis. That's why tadi awal awal kena pergi report. Kalau insurans bukan nama kita tapi nama orang lain, kita kena bayar rm400 denda yang pihak insurans kenakan. Sebab dah langgar undang undang.
Kalau macam saya, saya kena denda rm400 sebab bawah 18 tahun and insurans bukan nama saya. So terpaksa kena bayar, nasib baik time itu kerja sambilan and adalah sikit duit.
Keempat, just sentiasa contact dengan agent insurans sebab dia yang akan uruskan kereta kita. Nanti kita hanya akan dapat kereta yang dah siap repair sahaja. Usually dua minggu depends on kerosakan. Tapi saya terpaksa tunggu sebulan lebih sebab Covid 19 teruk sangat and kerajaan umum PKP. So semua sektor tak boleh operation.
So itu sahaja, hati hati memandu!
No comments:
Post a Comment