Hai semua! Penting ke untuk kita jaga kulit muka? Ramai yang tak tahu skincare ini sangat penting tak kira untuk perempuan atau lelaki. Remaja mula umur 12 tahun pun dah boleh mula pakai skincare sebab kita dah berada dalam fasa perubahan hormon. Ramai orang yang tak tahu nak jaga kulit muka, disebabkan itu, mereka ambil langkah untuk tak guna apa-apa pencuci muka and sebagainya. Tapi, kita kena tahu bahawa bahaya sangat kalau kulit kita tiada lapisan lain untuk protect skin dari sinaran UVA and UVB.
So, tak semestinya skincare ini kita kena apply semua jenis. If nak menjimatkan, sekurang-kurangnya kita pakai basic skincare which are cleanser, moisturiser and sunscreen. Tiga komponen skincare ini sangat penting ya, if muka breakout secara tiba-tiba, usually apa yang saya akan suggest is kukuhkan basic skincare dulu. Katakanlah kita pakai product A dah lama, tiba-tiba naik jerawat and kusam dan lain-lain. First thing first yang you guys kena buat ialah kukuhkan penggunaan cleanser, moisturiser and sunscreen dulu. Sebab tiga benda ini asas penjagaan muka.
Cleanser. Semua orang wajib pakai cleanser atau pencuci muka, so that kulit kita yang seharian exposed dengan partikel halus seperti habuk or debu. Yes, kita tak nampak sebab kecil, but sekali you guys nampak memang terus rasa setiap masa nak cuci muka! Tapi, kena make sure jangan cuci muka lebih tiga kali sehari ya. Untuk kulit yang bermasalah, tak digalakkan pakai cleanser yang banyak buih. Sebabnya if buih banyak, boleh buat skin makin nipis (bahaya sangat untuk orang ada masalah sensitive skin). Bila makin nipis, skin akan jadi makin sensitive, bila sensitive, skin akan menggelupas, kemerahan and kering. Takut tak? So, pilihan yang terbaik ialah cleanser yang tak berbuih sebab boleh buat skin hydrated. And kena pastikan juga ada fungsi as make up remover.
Nak tahu lagi? Jom baca Part 2.
No comments:
Post a Comment