Sunday, 10 January 2021

Pengalaman Ambil Lesen Kereta

Untuk entry kali ini aku akan ceritakan pengalaman aku masa ambil lesen kereta di salah satu tempat yang berdekatan dari rumah aku. Kenapa aku ambil kereta sahaja? Sebab my mom memang tak bagi naik motor dari kecil sebab risau katanya. Biasalah ibu kita kan, semua nak risau sebab sayang.

Aku ambil lesen tahun 2018. Tempat yang aku pergi ini selalu ramai orang, so kena daftar awal. Aku daftar bulan satu 2018, tapi aku start class bulan Oktober 2018 tak silap aku. Lama kan? Sebab ramai. Tapi tak apalah, nasib baik aku tak terlupa. Masa ini, aku tengah study form 6, kebetulan bulan 11 aku ada exam untuk final. Aku memang risau sebab aku rasa aku mesti kabut sebab aku jenis jadi tak tentu arah if dah dekat tarikh exam hahaha

Aku pun nak tak nak aku pergi buat juga bulan October. Kalau aku reject, terpaksa tangguh tahun depan. Tak kuasa aku nak tunggu. Mulanya, masa dah daftar, kita kena bayar deposit dulu untuk join ceramah lesen. Setiap tempat lain lain kos depositnya. After that, seminggu macam itu aku pun join ceramah. Lama juga lah dari lapan pagi sampai 5 petang. Sangat lama ya guys. Belajar pun pasal kereta, blind spot and macam macam.

Then, seminggu lepas join ceramah, terus kena book tarikh ujian komputer. After that, kita kena tangkap gambar background putih size lesen. Masa itu muka aku sangat budak hahaha, but it's okay teruskan. Masa ujian itu, ada syarat lulus. So kita kena lulus if tak kena ulang balik exam itu. Alhamdulillah aku passed. 

Kemudian, kita terus boleh book nak class bila. Aku book bulan 10 sebab kalau lambat aku rasa aku busy, so aku teruskan sahaja dengan bulan 10 walaupun dah nak dekat exam. Memang penat, class habis pukul 2pm, balik terus pergi driving class. Ramai juga kawan yang aku kenal masa itu, tapi semua tua tua, aku paling muda masa itu. 

Dah habis class, aku dah boleh JPJ. Masa JPJ confirm nervous. Masa turn aku, aku macam nak bercakap lah kan dengan JPJ itu, masa itu aku dapat perempuan. Wah dia marah aku sebab aku nak bercakap dengan dia hahahaha. Sebenarnya aku nak hilangkan nervous plus aku pula jenis yang nak bertegur dengan orang, if tak bertegur rasa macam sombong. Sekali kena marah terus terdiam hahahahaha, and bawa kereta macam biasa. 

Alhamdulillah lulus! 

No comments:

Post a Comment