Ekonomi consist of two which are microeconomy and macroeconomy. Best ke subject ekonomi? Bagi aku sangat best sebab kita boleh tahu apa yang negara kita alami sekarang. Dulu, masa form 5 aku memang tak minat dengan ekonomi. Berbeza ya, ekonomi asas, mikroekonomi & makroekonomi. Dulu aku asyik failed subject ekonomi asas, sebenarnya ada banyak faktor aku jadi macam itu. Yang tahu akan tahu hahaha. Masa ini aku belum sedar apa yang aku kena faham untuk subject ini. Asas untuk ekonomi ini kita kena tahu apa itu permintaan and penawaran. Keadaan permintaan yang macam mana boleh pengaruhi harga itu tinggi atau rendah? Semua based on logic.
After that, aku sepatutnya sambung diploma, dapat UPU kat politeknik course perbankan islam. Okay kan? Tapi aku buat keputusan untuk reject and masuk belajar di form 6 which is STPM. Kenapa aku ambil STPM? Sebab aku memang dah plan awal-awal nak masuk STPM. Dilemma? Of course ada perasaan macam itu. After dah berbincang dengan keluarga, aku terus stay untuk STPM. Benefit dia sangat banyak sebenarnya, salah satunya ialah jimat kos, tak perlu buat loan studies. Then, shortcut. Belajar setahun setengah sahaja. Kalau diploma tiga tahun and ambil masa untuk sambung degree. Kawan aku dapat keputusan SPM 9A tapi dia pun sama juga dengan aku sambung STPM. Sebab nak buat keputusan yang bijak. Bagi aku, ramai yang tak tahu apa kebaikan STPM ini ialah orang yang rugi. Ramai yang buat andaian student yang tak dapat UPU sahaja akan masuk STPM. NO! And memang salah mentality macam itu. Jadi, if you guys yang baca ini from STPM student, jangan lemah sebab banyak sangat benda best you guys akan dapat. Abaikan kata-kata orang lain yang tak tahu apa matlamat hidup kau.
Masuk form 6, ada tiga sem. Sem 1 kita akan belajar mikroekonomi dulu. Aku minat sangat sebab aku rasa aku pernah belajar and baru aku faham konsep dia. Lecturer dia sangat the best! Memang akan make sure semua student dia akan faham satu per satu baru akan pursue ke next topic. Walaupun laju, tetap fun. Mikroekonomi ini lain dengan ekonomi asas. Ekonomi asas just asas sahaja, mikroekonomi ini banyak keluk yang kita akan belajar. Jenis pasaran persaingan sempurna, monopoli and bermonopoli. Yes, aku minat sangat. Alhamdulillah sem 1 dapat A untuk subject ini.
Masuk Sem 2, kita akan belajar makroekonomi. Okay yang ini agak susah bagi aku, banyak pengiraan. Tapi basic maths sahaja bagi aku. Kat sini kita akan tahu ilmu ekonomi yang lebih meluas. Berkait dengan negara lain, contoh perdagangan antarabangsa ke kan hehe. Fun sangat lah masa form 6. Masuk Sem 3 pula, kita akan belajar makroekonomi juga, tapi more to membaca and hafal. Antara tiga-tiga sem ini, paling senang semester 3 lah bagi aku.
And then dah habis form 6. Aku cuti 9 bulan and kerja sementara. After that, aku sambung degree. Sebab minat sangat dengan ekonomi, aku apply semua course yang berkaitan dengan ekonomi. Aku minta di UKM untuk pilihan nombor satu sampai empat. Lima dengan enam aku pilih UM and UIAM. Tapi yang aku dapat di UKM Bangi. Mula mula aku sedih juga sebab tak dapat course yang pure ekonomi. Aku dapat Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian.
Tapi, ada hikmah semua ini berlaku. Sebab ekonomi di universiti sangat tak fun macam form 6 hahaha. Aku sekarang tengah down juga, sebab aku first time masuk universiti tapi dah kena study online apa semua. Aku jenis tak boleh tengok laptop lama sangat, aku tak dapat nak focus betul-betul. So, Ekonomi di universiti sangat mencabar untuk aku, belajar in english pula tu. Aku rindu dengan diri aku yang dulu, rajin and suka belajar. Now macam-macam ujian yang aku dapat, doakan aku untuk terus kuat. Ada hikmah aku tak dapat course ekonomi pure, sebab sekarang pun aku dah tak tahu aku ada kat mana. Doakan aku.
No comments:
Post a Comment