Sunday, 10 January 2021

Sebab Pelajar Gagal dalam Mathematics

 Selain Sains, Matematik atau subjek nombor merupakan antara subjek yang ditakuti ramai pelajar. Lemah subjek ini bermaksud di sekolah atau dalam peperiksaan. Tidak ada kena mengena dengan perlu atau tidak perlu dalam kehidupan seharian. Bawah ini merupakan lapan punca kenapa pelajar corot subjek ini.

Pertama,  tiada pendedahan awal. Pelajar yang tidak mendapat pendidikan nombor atau mengira dengan baik sebelum ke tadika atau sekolah. Biasanya pelajar akan mengalami masalah dalam matapelajaran matematik. Ibu bapa juga merupakan peranan utama untuk memastikan anak-anak tahu tentang nombor asas.

Kedua, tak hafal sifir. Kanak-kanak perlu sudah hafal sifir sejak umur empat tahun sebab otak kanak-kanak akan jadi lebih ingat apabila mereka berada di usia yang muda. Walaupun sifir bukan perkara yang mudah untuk dihafal, kita boleh practice hari demi hari, so that kita akan terbiasa dengan apa yang biasa kita buat. Tapi, usia tingkatan lima pun masih lagi ada yang belum hafal. 

Ketiga, biasa guna kalkulator.  Dengan adanya kalkulator, pelajar akan terbiasa gunakannya. Sebab boleh jimatkan masa dari mencongak. Walaupun kita rasa mudah untuk kira and boleh score subject ini, tapi bayangkan sekiranya tak ada kalkulator dalam dunia, mampu tak kita selesaikan? Kalau boleh selesaikan without calculator, alhamdulillah. Adik, awak memang terbaik.

Keempat, kurang buat latihan. Kanak-kanak zaman sekarang ini selalu terdedah dengan gadget sampai terlupa untuk buat latihan mathematics. Kalau bosan buat latihan dalam buku, apa salahnya kita galakkan anak-anak kita belajar atau buat latihan mathematics dalam bentuk ebook? Lebih baik dari bermain games. Gunakan kemudahan yang tersedia untuk kebaikan, jangan gunakan kemudahan untuk perkara tak memberi manfaat.

Sebenarnya ada banyak punca pelajar lemah dalam subject matematik sama ada faktor dalaman atau luaran. Apapun, kita perlu rajinkan diri untuk banyak buat latihan matematik dan gunakan kaedah yang boleh tarik perhatian kita untuk belajar.

No comments:

Post a Comment