Saturday, 16 January 2021

Subject Aplikasi Komputer di UKM Bangi

 Hai semua, ini merupakan blog terakhir saya untuk subject Aplikasi Komputer ini. Bagi saya subject ini bukanlah stress sangat, tak seteruk subject lain. Subject ini sebenarnya sangat fun untuk saya sebab dia nak tengok sejauh mana mahirnya kita guna semua software yang ada dalam laptop or computer kita. And nak tengok juga sejauh mana kita tahu cara yang betul untuk guna Microsoft Excel, Microsoft Word, Powerpoint, Microsoft Access and macam macam lagi!

Paling mencabar untuk saya ialah Microsoft Excel dengan Microsoft Access. Sebabnya saya sangat tak familiar untuk dua Microsoft ini. Sangat struggle saya nak kena belajar satu per satu, tapi disebabkan minat, alhamdulillah mudah sahaja. Cuma bila exam, soalan yang tricky sikit saya ambil masa untuk faham. 

Antara assignment yang saya perlu buat ialah ini lah. Kena tulis blog sebanyak 28 entries and perlu siap sebelum minggu ke-13. In sha Allah sempat siap hehe. By the way untuk lecturer saya Dr. Leyha, terima kasih Dr. sebab bagi tunjuk ajar untuk saya and kawan kawan yang lain belajar subject ini. Dr. ajar sangat jelas and the best. Walaupun kita tak pernah jumpa face to face, harapnya nanti jika berpeluang saya dapat balik UKM, dapatlah saya jumpa Dr. hehe. Maaf salah silap sekiranya ada selama online class dengan Dr. and doakan saya untuk berjaya dan maju terus ke hadapan! 

Actually sebelum ini saya memang pernah tulis blog tapi jarang sangat. Disebabkan assignment ini kena buat 28 blogs, saya try untuk siapkan and alhamdulillah done! ❤️ If saya rajin untuk update blog lagi after this, in sha Allah saya akan buat hehe. Terima kasih sangat sangat, saya hargai semua jasa lecturer saya especially untuk subject Aplikasi Komputer ini. 

Bye and Assalamualaikum! ❤️

Adab

Islam sangat menekankan pendidikan adab dalam kalangan umat manusia kerana dengan adab, seseorang mukmin akan menjadi manusia yang tinggi akhlak dan keperibadian diri. Islam menetapkan pelbagai adab seperti adab berguru, adab menjaga orang sakit, adab menziarah jenazah dan adab-adab dalam pergaulan seharian. Dengan setiap perbuatan yang berlandaskan adab dan akhlak yang baik maka seseorang itu dapat meraih kecintaan Allah SWT.

Menerusi rancangan Islam itu Indah, Ustaz Firdaus Subhi berkata dalam kitab nukilan Khatib al- Baghdadi banyak menekankan tentang peri pentingnya adab dalam kehidupan. Bahkan pengetahuan atau pemahaman tentang adab itu sendiri perlu diterjemahkan dalam setiap perbuatan yang mana apabila berbicara tentang adab seseorang mukmin perlu mengetahui tentang bagaimana adab mereka dengan Allah SWT, adab dengan Rasulullah SAW dan adab berhubung dengan makhluk di muka bumi ini.

Adab seseorang mukmin dengan Allah SWT misalnya, perlu difahami secara jelas bagaimana seseorang itu perlu bermuamalah dan melaksanakannya agar mendapat keredhaan Allah SWT. Para alim ulama menekankan bahawa adat bermuamalah dengan Allah SWT adalah dengan cara menyembahNya dengan penuh ketaatan dan bukan dengan cara melakukan kemungkaran. Tiada yang lebih besar dan berkuasa melainkan Allah SWT dan tidak ada sesuatu yang lain yang disembah melainkan Allah Taala. Ini adalah antara cara atau adab yang wajib dilakukan seseorang mukmin dalam menterjemahkan adab dengan Allah SWT.

Jadinya, ilmu dengan adab sangat berbeza. Kalau kita ada ilmu, tapi tiada adab, tak ada gunanya. Kalau kita ada adab campur dengan ilmu, sangat luar biasa! Jaga adab.

Bagaimana untuk Ikhlaskan Diri Buat Sesuatu Perkara

First of all, saya sangat faham apa yang kita semua rasa if kita dah bantu orang, tapi after that kita rasa kita rugi and menyesal. Siapa pernah macam itu? Kita pernah sedekah, tapi kita rasa menyesal bagi dia duit sebab kita pun tak cukup duit nak beli itu ini.

Baik, saya faham. Sebenarnya, nak jadi seorang yang ikhlas ini mudah sahaja. Kunci utama yang perlu kita pegang ialah syukur. Bersyukurlah. Kenapa bersyukur? Sebabnya kalau kita bersyukur, kita akan rasa kita sentiasa cukup dengan apa yang Allah bagi. Kita akan rasa kita tenang. And automatic, bila kita tolong orang lain, kita akan rasa kita gembira sebab dah tolong orang lain.

Sentiasa ingat, makin banyak kita memberi, makin banyak kita diberi. Jadi, bagilah sesuatu yang boleh bagi manfaat dekat orang lain. Kalau diikutkan dalam perspektif islam pun, sedekahlah kerana dengan sedekah itu boleh hapus semua dosa-dosa kita. Kalau kita tak ada duit, kita boleh bantu orang dari segi tenaga kita. Kita boleh juga bantu orang dari segi senyuman kita. Kita puji orang pun, dah kira kita bantu orang itu untuk gembira. Ada ke orang yang kena puji jadi sedih? Tak ada kan? Hahaha.

Sentiasa ingat juga, sekali kita bagi orang barang yang kita sangat sayang, lagi besar ganjaran pahala yang Allah bagi. And lagi besar juga balasan yang Allah akan bagi. 

Contoh selain sedekah ialah "minta maaf". Kenapa minta maaf? Sebabnya kalau orang buat salah dengan kita, tapi kita maafkan. Dalam masa yang sama, kita teringat balik apa yang dia buat dekat kita. Itu kira ikhlas ke kita maafkan? Sebenarnya niat kita. Kita perlu ikhlas maafkan orang sebab kita kena ingat, Rasulullah SAW pun boleh maafkan orang lain, tapi kenapa kita tidak boleh? Jadi, maafkanlah orang lain. Maafkan diri sendiri juga. Walaupun kita tak tahu siapa yang benci kita sekarang, maafkanlah dia juga.

Sesungguhnya, percayalah there's something big going to happen for you! Allah nampak semua.

One of My Goals for 2021, ACHIEVED!

Aku Nik Nur Ezaila. Biasanya orang panggil aku Ezaila tapi sekarang semua orang lagi suka panggil Nik. Mana mana pun boleh. Tahun baru? 2021. Di mana aku sekarang ada dekat rumah sambil Online Class & semuanya dekat rumah! Untuk entry kali ini aku akan share sikit apa yang aku dah capai setakat ini untuk tahun 2021. Walaupun banyak cabaran, tapi aku cuba untuk sentiasa improve diri sendiri.

Aku seorang student UKM and aku buat business sambil belajar. Business yang aku buat is skincare. Ainaa Beauty, siapa tahu? Aku tak pernah pun terfikir nak buat business ini, but ada satu masa itu aku tergerak hati untuk join business ini. Bila? Since aku kerja as admin seorang leader ini. Sebab aku masa itu setiap hari reply whatsapp customer, wrap parcel and layan team team business! Jadi, kat situ aku memang nampak betapa seronoknya bila berbusiness ini. Actually ini pengalaman pertama aku business skincare, sebelum ini semua barang-barang sahaja.

After dah berhenti kerja as admin, aku terus join business ini under Kak Aira. Bila aku masuk, aku kan student? Jadinya if ada class product knowledge or apa apa class yang ada founders pun aku tak sempat nak join. Join pun tak konsisten lah. Tapi, dalam masa yang sama Alhamdulillah stock aku sangat laju and demand pun tinggi. Setiap hari ada customer, in sha Allah.

Tapi, apa yang aku nak cakap, aku buat semua ini sendiri. Before this, kalau team datang restock dekat leader, leader akan buat video and then leader akan mention team itu di instagram (means tolong promote). But, if aku restock, leader tak post pun. Post, cuma baru beberapa kali. Mula mula aku macam sedih, but it's okay aku teruskan business aku macam biasa. Dah lama aku business itu, aku baru faham. Sebab leader aku whatsapp aku, dia kata dia nak aku pergi jauh. Dia nak aku cuba belajar survival mode (means usaha sendiri tanpa bantuan orang lain). Since that, aku jadi lagi bersemangat. And tak kisah pun kalau leader tak mention aku. Hahaha.

And baru-baru ini tarikh 15 Januari 2021, aku berjaya upgrade stock. Walaupun banyak sangat modal yang diperlukan which is more than two thousand, aku sanggup. And aku sebenarnya tak sangka, plus perasaan aku macam macam sekarang. Aku rasa takut, nervous and excited pun ada! Sebabnya, aku student. Aku tak pernah keluar duit banyak macam itu. Even bagi orang lain nilai macam itu kecil, tapi bagi aku sangat besar lagi lagi tengah belajar and perlu guna duit yang banyak. 

Aku berjaya achieved satu target 2021 aku, and in sha Allah aku akan upgrade lagi. Cuma satu yang aku nak, please doakan Nik Nur Ezaila berjaya dunia akhirat tau! Sesungguhnya apa yang aku buat, semua kerana Allah. Aku nak kaya untuk kayakan orang lain. Doakan aku tau! 

In sha Allah next target will be achieved. Amin.

Kebaikan Avocado untuk Kulit Manusia

 Avocado banyak sangat khasiat untuk kita terutamanya untuk skin. Sebab apa? Avocado mengandungi vitamin A, B (termasuk B6, niacin dan riboflavin) C dan E serta kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink selain tidak mengandungi kolesterol dan sodium. Buah ini sebenarnya banyak sangat khasiat dan dah lama digunakan dalam penjagaan kesihatan kulit muka bahkan satu anggota badan!

Khasiat buah avocado ini mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti Anti-penuaan, melindungi daripada kanser, mengandungi banyak vitamin, mengawal tekanan darah, mengekalkan kesihatan jantung, menggalakkan kesihatan mata, dan banyak lagi!

Seperti yang kita tahu, antara khasiat buah avocado dalam kecantikan pula ada banyak. Pertama, mampu membuang sel sel kulit mati. Sebab apa? Avocado kaya dengan vitamin A, dengan adanya vitamin ini, ia mampu membuang sel sel kulit mati pada kulit muka kita. Sebab itulah ramai seller product skincare banyak jual product yang berasaskan avocado! Hehe

Avocado juga boleh bantu bersihkan kulit kita dengan cara yang mendalam. Selain daripada itu, boleh juga buat kulit kita semakin lembab and kekal hydrated! Siapa yang tak nak kulit lembab kan? Disebabkan oleh salah satu bahan yang ada ialah vitamin E iaitu sumber antioksidan yang mampu mengurangkan garis-garis halus tanpa penuaan dan kulit rosak akibat cahaya matahari yang tak bertapis.

Buah ini juga boleh menentang radikal-radikal bebas and bersihkan kulit yang berminyak tanpa keringkan kulit. Khasiat buah ini sangat bagus untuk orang yang ada sensitive skin and dry skin sebabnya bahan yang kaya dalam buah ini boleh sentiasa lembabkan kulit sepanjang hari. Last but not least, buah ini jugak mampu menghilangkan warna gelap di seluruh bahagian badan kita!

Apapun tak semua orang sesuai dengan buah avocado ini, so yang penting is always listen to your skin!

Monday, 11 January 2021

2020

 Thank you 2020! Walaupun banyak ujian yang aku dapat untuk tahun 2020, tapi aku bersyukur sebab masih ada yang boleh buat aku happy. Bagi aku, tahun 2020 agak mencabar bagi aku and sangat tak best kalau nak dibandingkan dengan tahun yang lain. But still ada yang best.

Yang best untuk tahun 2020, aku ada orang yang selalu ada dengan aku, family, kawan, & boss yang baik. Untuk family, my mom selalu masakkan makanan yang sedap, and bersyukur juga masih ada ibu di sisi. So that aku ada kawan lah dekat rumah untuk berborak, share problems or mengusik. Aku harap my mom always ada sampai aku berjaya betul betul nanti. Untuk kawan, aku bersyukur sangat sebab selalu ada juga, selalu teman hantar and post barang untuk customer, teman makan and banyak keluar spend time sama sama. You know who you are :) 

And untuk boss pulak, i'm so happy sebab dapat jadi antara orang yang kuat dalam bisnes keluarga boss. Actually aku staff pertama majikan ini, so that memang aku tahu susah senang mereka dari awal start business and sampai lah sekarang jadi top 1 dalam Malaysia. I'm so happy. Bukan sahaja boss, tapi dah jadi keluarga. Sampai sekarang kita contact walaupun dah tak kerja dekat sana. 

Next, aku juga berpeluang untuk buat my mom happy and bangga of my achievements. Aku dapat top 2 student and dean list. Hopefully masa akan datang pun akan dapat lagi. After that, dapat tawaran sambung study dekat UKM Bangi. Alhamdulillah thank you Allah sebab pinjamkan rasa happy ini.

Tapi, yang tak bestnya negara kita tengah berperang dengan COVID 19. Raya tak dapat balik kampung, online class, tak dapat keluar and banyak lagi. Kalau boleh semua benda nak online, tapi sangat sukar bagi aku. Now dah jadi norma baru, and terpaksa hadapi wabak ini. Hopefully cepat habis! 

Thank you 2020 ❤️

Pengalaman Jadi Staff Cashier KFC

 Walaupun tak lama aku kerja sebagai staff department cashier KFC, tapi bagi aku sangat fun! Banyak perkara yang aku jumpa yang mana sebelum ini aku tak pernah jumpa pun. Bila aku kerja KFC? Aku kerja tahun 2018, and kerja tiga bulan sahaja sebab masa itu aku lepasan SPM and berhenti pun sebab nak sambung study.

Nak cari kerja memang susah, aku apply banyak tempat tapi tak dapat apa apa call. And aku cuba try apply KFC, tiba tiba harini aku apply, esok dah boleh start kerja. Team management kata aku staff pertama yang dapat kerja terus macam itu hahaha maybe sebab memang perlukan staff sangat time itu. First day kerja, masih lagi trainee. And first day kerja juga aku dah kena maki dengan customer. 

Normal lah itu, sebab manusia memang kita tak boleh kawal. Aku time itu terkejut juga, isu nya ialah ayam jammed. Sebab hari itu ramai sangat customer, ayam pula dah goreng banyak and terus habis. Tunggu turn, and dah janji dalam 30 minit customer itu akan dapat, tapi tak tahu kenapa customer itu tiba tiba marah sebab lama sangat, padahal tak sampai 30 minit lagi. Hahaha pengalaman betul. Time itu aku ada pemantau yang tolong sebab first day. Kami berdua yang kena hahaha.

Day by day ada improvement, dalam seminggu macam itu aku dah boleh handle sorang. Best juga la sebab kerja KFC ni dapat makanan free, so jimat expenses makan kat situ. If malam, ayam or burger lebih, boleh bawa balik. Aku setiap hari bawa balik rumah sampai orang rumah dah muak hahahaha. Tapi makan macam biasalah.

Apa yang aku dapat kat sini, team work sangat main peranan yang besar. If sorang staff ada problems, staff lain boleh cover kan. Tapi kena inform so that orang lain tahu. Next, aku jugak dapat tajamkan ingatan which is aku dapat ingat sekali sahaja order orang even dia order banyak. Secara tak langsung, boleh didik diri aku untuk kuat ingatan. Aku pun rasa bersyukur dengan apa yang ada, sebab aku ada kenal salah satu staff yang dibuang keluarga. So di sini aku ambil peluang untuk guide dia untuk ke arah yang lebih baik. Secara tak sedar, aku juga boleh happy kan orang lain. Sampai sekarang aku contact dengan dia. Hopefully dia dilindungi Allah selalu.

So itu sahaja pengalaman aku, thank you sebab baca hehe

Ilmu dan Pemimpin

 They said "by learning, you can be a good leader". 

Ilmu ini penting sangat sebab tanpa ilmu, kita tak akan ada akal fikiran yang terbuka. To be a good leader, kita mesti ada ilmu yang berkaitan dengan bidang kita. Without ilmu, huru hara lah pengurusan kita. Macam mana nak jadi pemimpin yang terbaik? 

Kita boleh ambil contoh atau inspirasi dari orang lain untuk kita ikut. Ikut mana yang baik. Contoh, influencer or founder AINAA Beauty, beliau bukan sahaja leader bagi team, tapi beliau juga selalu jaga kebajikan team management. Ada juga leader lain yang tahu untuk mengarah sahaja and tak faham situasi orang bawah. Dari situ, kita boleh nampak and bezakan siapa leader yang baik dan siapa leader yang kurang baik. 

Dalam diri pemimpin, ada tiga elemen yang sangat penting which are knowledge, skills, and attitude. Tiga ini saling berkait yang mana tanpa knowledge, kita tak akan ada skills and attitude. Betul? Kita kena sentiasa improve yourself, jangan terlalu mudah untuk berpuas hati dengan apa yang kita dah capai. Sebab apa? Sebab banyak lagi dan panjang lagi perjalanan kita pada masa akan datang. Pemimpin mesti ada pengalaman yang banyak. Biar hidup kita di bawah dulu, kemudian baru di atas. Apabila dah di atas, jangan lupa di bawah. 

Always improve yourself and perbaiki communication skills. Sentiasa toleh belakang dan tengok kelemahan diri kita dan perbaikilah. 

Apa Proses Perlu Buat Kalau First Time Accident Kereta?

Kemalangan tak kisahlah kereta, motor or lori pun mesti ada insurans. Insurans ini sangat penting untuk cover kos repair kereta itu. So jimatlah duit kita. Apa perlu kita buat kalau first time accident / kemalangan kereta? Lagi lagi insurans kereta itu bukan bawah nama kita. Apa nak buat? Entry kali ini saya akan focuskan untuk kereta sahaja sebab saya tak ada motor or lori.

Pertama sekali, jangan cuak berlebihan. Penting sangat untuk kita save number agent insurans or apa apa yang berkaitan dengan orang yang urus accident. Sebab apa kena save? If tiba tiba kita accident luar jangkaan, kita boleh terus call orang itu untuk datang check sama ada insurans kita boleh claim tak? Ada banyak jenis salah satunya first party, yang itu boleh claim untuk kedua-dua kereta yang rosak. Tapi if kereta yang dilanggar itu insurans dah mati, kita tak boleh cover kan melainkan masing-masing pandai adjust. 

After dah call, usually mereka akan datang terus ke tempat kejadian and akan melibatkan towing truck if kereta tak boleh jalan. Disclaimer! Jangan mudah percaya dengan towing sebab ada yang ambil kesempatan. 

Kedua, kereta itu akan dibawa ke balai polis terdekat untuk polis buat siasatan siapa yang bersalah, akan disaman rm300. You guys akan dapat satu surat and kena pergi mahkamah untuk urusan seterusnya. Boleh bayar saman guna sistem MyEg. Tapi ada charge rm2. Cara lain nak bayar, boleh pergi di JPJ or balai polis. Tujuan pergi mahkamah itu untuk claim supaya tak perlu bayar saman. Tapi tarikh pada surat untuk ke mahkamah itu biasanya akan letak pada tarikh after last bayar saman. So nak tak nak kita kena bayar juga haha.

Ketiga, sediakan surat insurans (cover note). Contoh, kereta saya guna Etiqa. Kenapa kena ada cover note? Supaya bukti kita boleh claim. Tapi kalau nak claim insurans, wajib ada report polis. That's why tadi awal awal kena pergi report. Kalau insurans bukan nama kita tapi nama orang lain, kita kena bayar rm400 denda yang pihak insurans kenakan. Sebab dah langgar undang undang.

Kalau macam saya, saya kena denda rm400 sebab bawah 18 tahun and insurans bukan nama saya. So terpaksa kena bayar, nasib baik time itu kerja sambilan and adalah sikit duit. 

Keempat, just sentiasa contact dengan agent insurans sebab dia yang akan uruskan kereta kita. Nanti kita hanya akan dapat kereta yang dah siap repair sahaja. Usually dua minggu depends on kerosakan. Tapi saya terpaksa tunggu sebulan lebih sebab Covid 19 teruk sangat and kerajaan umum PKP. So semua sektor tak boleh operation.

So itu sahaja, hati hati memandu!

Sunday, 10 January 2021

Pengalaman Ambil Lesen Kereta

Untuk entry kali ini aku akan ceritakan pengalaman aku masa ambil lesen kereta di salah satu tempat yang berdekatan dari rumah aku. Kenapa aku ambil kereta sahaja? Sebab my mom memang tak bagi naik motor dari kecil sebab risau katanya. Biasalah ibu kita kan, semua nak risau sebab sayang.

Aku ambil lesen tahun 2018. Tempat yang aku pergi ini selalu ramai orang, so kena daftar awal. Aku daftar bulan satu 2018, tapi aku start class bulan Oktober 2018 tak silap aku. Lama kan? Sebab ramai. Tapi tak apalah, nasib baik aku tak terlupa. Masa ini, aku tengah study form 6, kebetulan bulan 11 aku ada exam untuk final. Aku memang risau sebab aku rasa aku mesti kabut sebab aku jenis jadi tak tentu arah if dah dekat tarikh exam hahaha

Aku pun nak tak nak aku pergi buat juga bulan October. Kalau aku reject, terpaksa tangguh tahun depan. Tak kuasa aku nak tunggu. Mulanya, masa dah daftar, kita kena bayar deposit dulu untuk join ceramah lesen. Setiap tempat lain lain kos depositnya. After that, seminggu macam itu aku pun join ceramah. Lama juga lah dari lapan pagi sampai 5 petang. Sangat lama ya guys. Belajar pun pasal kereta, blind spot and macam macam.

Then, seminggu lepas join ceramah, terus kena book tarikh ujian komputer. After that, kita kena tangkap gambar background putih size lesen. Masa itu muka aku sangat budak hahaha, but it's okay teruskan. Masa ujian itu, ada syarat lulus. So kita kena lulus if tak kena ulang balik exam itu. Alhamdulillah aku passed. 

Kemudian, kita terus boleh book nak class bila. Aku book bulan 10 sebab kalau lambat aku rasa aku busy, so aku teruskan sahaja dengan bulan 10 walaupun dah nak dekat exam. Memang penat, class habis pukul 2pm, balik terus pergi driving class. Ramai juga kawan yang aku kenal masa itu, tapi semua tua tua, aku paling muda masa itu. 

Dah habis class, aku dah boleh JPJ. Masa JPJ confirm nervous. Masa turn aku, aku macam nak bercakap lah kan dengan JPJ itu, masa itu aku dapat perempuan. Wah dia marah aku sebab aku nak bercakap dengan dia hahahaha. Sebenarnya aku nak hilangkan nervous plus aku pula jenis yang nak bertegur dengan orang, if tak bertegur rasa macam sombong. Sekali kena marah terus terdiam hahahahaha, and bawa kereta macam biasa. 

Alhamdulillah lulus! 

Sebab Pelajar Gagal dalam Mathematics

 Selain Sains, Matematik atau subjek nombor merupakan antara subjek yang ditakuti ramai pelajar. Lemah subjek ini bermaksud di sekolah atau dalam peperiksaan. Tidak ada kena mengena dengan perlu atau tidak perlu dalam kehidupan seharian. Bawah ini merupakan lapan punca kenapa pelajar corot subjek ini.

Pertama,  tiada pendedahan awal. Pelajar yang tidak mendapat pendidikan nombor atau mengira dengan baik sebelum ke tadika atau sekolah. Biasanya pelajar akan mengalami masalah dalam matapelajaran matematik. Ibu bapa juga merupakan peranan utama untuk memastikan anak-anak tahu tentang nombor asas.

Kedua, tak hafal sifir. Kanak-kanak perlu sudah hafal sifir sejak umur empat tahun sebab otak kanak-kanak akan jadi lebih ingat apabila mereka berada di usia yang muda. Walaupun sifir bukan perkara yang mudah untuk dihafal, kita boleh practice hari demi hari, so that kita akan terbiasa dengan apa yang biasa kita buat. Tapi, usia tingkatan lima pun masih lagi ada yang belum hafal. 

Ketiga, biasa guna kalkulator.  Dengan adanya kalkulator, pelajar akan terbiasa gunakannya. Sebab boleh jimatkan masa dari mencongak. Walaupun kita rasa mudah untuk kira and boleh score subject ini, tapi bayangkan sekiranya tak ada kalkulator dalam dunia, mampu tak kita selesaikan? Kalau boleh selesaikan without calculator, alhamdulillah. Adik, awak memang terbaik.

Keempat, kurang buat latihan. Kanak-kanak zaman sekarang ini selalu terdedah dengan gadget sampai terlupa untuk buat latihan mathematics. Kalau bosan buat latihan dalam buku, apa salahnya kita galakkan anak-anak kita belajar atau buat latihan mathematics dalam bentuk ebook? Lebih baik dari bermain games. Gunakan kemudahan yang tersedia untuk kebaikan, jangan gunakan kemudahan untuk perkara tak memberi manfaat.

Sebenarnya ada banyak punca pelajar lemah dalam subject matematik sama ada faktor dalaman atau luaran. Apapun, kita perlu rajinkan diri untuk banyak buat latihan matematik dan gunakan kaedah yang boleh tarik perhatian kita untuk belajar.

Basic Skincare Routine Part 2

 Hai semua! Dah baca dah entries yang sebelum ini? Betapa pentingnya basic skincare especially untuk orang yang dah biasa tak pakai apa-apa product. Jom kita tengok apa langkah yang sepatutnya kita buat untuk penjagaan kulit muka.

Cleanser. Semua orang wajib pakai cleanser atau pencuci muka, so that kulit kita yang seharian exposed dengan partikel halus seperti habuk or debu. Yes, kita tak nampak sebab kecil, but sekali you guys nampak memang terus rasa setiap masa nak cuci muka! Tapi, kena make sure jangan cuci muka lebih tiga kali sehari ya. Untuk kulit yang bermasalah, tak digalakkan pakai cleanser yang banyak buih. Sebabnya if buih banyak, boleh buat skin makin nipis (bahaya sangat untuk orang ada masalah sensitive skin). Bila makin nipis, skin akan jadi makin sensitive, bila sensitive, skin akan menggelupas, kemerahan and kering. Takut tak? So, pilihan yang terbaik ialah cleanser yang tak berbuih sebab boleh buat skin hydrated. And kena pastikan juga ada fungsi as make up remover. 

Moisturiser. Kenapa kita kena pakai moisturiser? For those yang ada masalah dry skin, you guys wajib pakai moisturiser. Ada moisturiser yang jenis cream, gel and waterbased. Tapi, seperti yang kita tahu, setiap jenis ini ada fungsi yang berbeza untuk jenis kulit yang berlainan. Contohnya, kalau kulit yang kering boleh pakai moisturiser yang ada texture cream which is lebih pekat. Tapi, biasanya kalau dalam bentuk cream, dia akan bagi effect peluh after consume. And untuk orang yang normal, boleh pakai moisturiser yang ada texture gel and waterbased. Yang ini pula biasanya tak ada kesan peluh after consume. Jadi, yang terbaik ialah you guys kena pilih ikut mana yang sesuai dengan skin masing-masing. Always listen to your skin.

Sunscreen. Without sunscreen, tak ada gunanya you guys pakai skincare. Ada beza antara sunscreen and sunblock. Sunscreen ini usually akan protect skin from sinaran yang bahaya contoh UVA UVB dari masuk terus dalam kulit. Kalau sunblock pula sama juga akan protect skin dari sinaran bahaya UVA UVB tapi 100% dia akan protect. If pakai sunblock, usually kulit kita akan berminyak. Ada dua jenis sun protection which are chemical and physical. Chemical ini dia dalam bentuk cecair, terus meresap, tak ada effect minyak and tak ada white cast after kita pakai. Kalau physical pula, dia jenis milky and boleh buat skin berminyak. Tapi, fungsi dia sangat the best! Both are recommended to try.

Basic Skincare Routine Part 1

 Hai semua! Penting ke untuk kita jaga kulit muka? Ramai yang tak tahu skincare ini sangat penting tak kira untuk perempuan atau lelaki. Remaja mula umur 12 tahun pun dah boleh mula pakai skincare sebab kita dah berada dalam fasa perubahan hormon. Ramai orang yang tak tahu nak jaga kulit muka, disebabkan itu, mereka ambil langkah untuk tak guna apa-apa pencuci muka and sebagainya. Tapi, kita kena tahu bahawa bahaya sangat kalau kulit kita tiada lapisan lain untuk protect skin dari sinaran UVA and UVB. 

So, tak semestinya skincare ini kita kena apply semua jenis. If nak menjimatkan, sekurang-kurangnya kita pakai basic skincare which are cleanser, moisturiser and sunscreen. Tiga komponen skincare ini sangat penting ya, if muka breakout secara tiba-tiba, usually apa yang saya akan suggest is kukuhkan basic skincare dulu. Katakanlah kita pakai product A dah lama, tiba-tiba naik jerawat and kusam dan lain-lain. First thing first yang you guys kena buat ialah kukuhkan penggunaan cleanser, moisturiser and sunscreen dulu. Sebab tiga benda ini asas penjagaan muka.

Cleanser. Semua orang wajib pakai cleanser atau pencuci muka, so that kulit kita yang seharian exposed dengan partikel halus seperti habuk or debu. Yes, kita tak nampak sebab kecil, but sekali you guys nampak memang terus rasa setiap masa nak cuci muka! Tapi, kena make sure jangan cuci muka lebih tiga kali sehari ya. Untuk kulit yang bermasalah, tak digalakkan pakai cleanser yang banyak buih. Sebabnya if buih banyak, boleh buat skin makin nipis (bahaya sangat untuk orang ada masalah sensitive skin). Bila makin nipis, skin akan jadi makin sensitive, bila sensitive, skin akan menggelupas, kemerahan and kering. Takut tak? So, pilihan yang terbaik ialah cleanser yang tak berbuih sebab boleh buat skin hydrated. And kena pastikan juga ada fungsi as make up remover. 

Nak tahu lagi? Jom baca Part 2.

Stress

 Semua orang akan alami perasaan stress. Macam mana boleh jadi stress? Sebenarnya ada banyak sangat faktor dalaman and luaran yang boleh bawa kita ke arah itu. Cumanya yang membezakan kematangan seseorang untuk kawal stress itu ialah cara diri kita sendiri nak avoid perasaan ini berlaku. Ada orang yang nak heal kan perasaan stress itu dekat orang lain, ada orang yang pendam perasaan masing-masing. Kalau nak listkan setiap satu cara orang atasi stress, memang tak akan habis blog ini.  

Antara punca yang boleh buat kita stress adalah kerana banyak sangat fikir or biasa orang sebut overthinking. Diri kita sendiri selalu fikir kelemahan yang ada dalam diri kita. Kita pun boleh jadi stress bila kita fikir dalam kelas, kita paling banyak tertinggal. Orang lain semua pandai and bersungguh. Bila kerja banyak pun kita boleh jadi stress. Biasalah itu, lumrah kehidupan lagi-lagi kita student.

Bila online learning ini, maybe bertambah stress sebab kita di rumah. Assignment banyak and of course kita akan buat assignment dulu and kurang sosial dalam family. Bila kita tak dapat nak jaga hati dan perasaan keluarga pun boleh bagi pressure untuk kita sebab kita kurang buat kerja rumah rather than buat assignments. Berbeza, if kita duduk di kolej, sama juga kita akan focus lagi untuk assignment. Tapi siapa kita nak bagi alasan untuk itu? Kita sendiri kena pandai ubah and manage masa kita. 

Tanda-tanda kita stress ini akan dapat dilihat melalui diri kita sendiri. I mean cara kita. Contoh, kita akan jadi orang yang cepat marah, kita penat keterlaluan, hilang minat terhadap kerja yang kita buat sekarang. Contoh, as students, minat nak belajar akan semakin kurang, as pekerja, minat nak bekerja pun akan makin kurang. Sebab apa? Stress. Tapi, kenapa kita nak bagi alasan yang kita tak boleh buat semua itu? Tak tidur malam setiap hari pun akan buat kita pressure bahkan boleh buat kesihatan kita terjejas juga. 

Jadi, stress ini pun banyak sangat berkait dengan kesihatan kita. Jaga diri masing-masing, jaga kesihatan, makan minum cukup, jaga diri kita semua terutamanya student macam saya. 

Jangan stress. :)

Citra Kesukarelawanan Khidmat Bakti UKM Bangi

 For those yang pernah baca blog saya sebelum ini mesti tahu apa itu citra UKM. Untuk yang belum tahu, Citra UKM ini merupakan kursus yang wajib pelajar UKM ambil untuk cukupkan kredit hour. If tak cukup credit hour, tak dapat graduated. Penting tak penting?

Salah satu kursus Citra yang saya ambil is Kesukarelawanan Khidmat Bakti. Pensyarah ada dua orang which are Dr. Fazilah and Dr. Wardah. Okay nama pun sukarelawan, mesti kita kena buat program yang melibatkan orang lain. Kita kena bagi manfaat kepada orang lain. Berbeza dengan class yang sebelum ini. Before this, physical class, banyak sangat aktiviti yang boleh kita buat. Contohnya pergi bantu orang yang dalam keadaan susah di luar negara, mangsa banjir or apa apa jenis bencana. Kita boleh tolong dari pelbagai bentuk bantuan.

Tapi, berbeza sangat dengan class yang saya sekarang, online class. Dengar pun online class, mesti semua akan dijalankan dalam bentuk online or maya. Untuk kursus ini, kita kena join kelas mengikut set. Dr. Fazilah lecturer set 1, Dr. Wardah pula lecturer set 2. Saya set 1. Kedua-dua set ini akan combine if ada waktu-waktu yang tertentu. Sepanjang saya join class ini, saya banyak buat presentation sahaja. 

And yang penting sekali ada tugasan individu and tugasan berkumpulan. Untuk individu, mudah sahaja. Kita just perlu buat reflection based on activity sukarela yang kita pernah buat sebelum ini. Ada juga student yang tak pernah ada pengalaman join aktiviti macam itu, tapi tak apa, jika kita faham maksud sukarelawan, kita bagi makanan untuk kucing makan pun dah dikira aktiviti sukarela yang pernah kita buat. Bagi aku mudah benda ini.

Next, projek kumpulan. Yang ini kita akan jalani process by process. Kalau kita dapat group member yang okay, in sha allah everything will be okay. Alhamdulillah saya dapat semua group member yang baik-baik. Setiap kumpulan kena jalankan satu program kemasyarakatan tapi secara online due to covid yang makin meningkat ini. So, program yang kami jalankan was Program Webinar Cara Penyediaan Cover Letter and Resume yang terbaik untuk student. Waktu ini kita akan jadi exco untuk program itu. Panel jemputan pun alhamdulillah okay. Peserta yang joined pun alhamdulillah lepas 200 lebih orang. 

Kesimpulannya, kursus ini sangat recommended untuk sesiapa yang tak tahu nak ambil kursus citra apa di UKM Bangi. You guys kena bagi commitment and kerja sama yang baik sahaja untuk semua in sha allah dipermudahkan. Bagi saya best sebab sebelum ini saya tak pernah jadi orang dalam program which is ada tugas-tugas yang perlu kita buat untuk adakan program itu. Sebelum ini saya tak pernah tahu cara nak buat kertas kerja and lepas join program macam ini, saya dapat tahu cara yang mudah. So, all the best and good luck untuk semua yang tengah dilemma nak ambik kursus citra apa untuk sem ini.

Friday, 8 January 2021

Kenapa Minat Subject Ekonomi?

Ekonomi consist of two which are microeconomy and macroeconomy. Best ke subject ekonomi? Bagi aku sangat best sebab kita boleh tahu apa yang negara kita alami sekarang. Dulu, masa form 5 aku memang tak minat dengan ekonomi. Berbeza ya, ekonomi asas, mikroekonomi & makroekonomi. Dulu aku asyik failed subject ekonomi asas, sebenarnya ada banyak faktor aku jadi macam itu. Yang tahu akan tahu hahaha. Masa ini aku belum sedar apa yang aku kena faham untuk subject ini. Asas untuk ekonomi ini kita kena tahu apa itu permintaan and penawaran. Keadaan permintaan yang macam mana boleh pengaruhi harga itu tinggi atau rendah? Semua based on logic. 

After that, aku sepatutnya sambung diploma, dapat UPU kat politeknik course perbankan islam. Okay kan? Tapi aku buat keputusan untuk reject and masuk belajar di form 6 which is STPM. Kenapa aku ambil STPM? Sebab aku memang dah plan awal-awal nak masuk STPM. Dilemma? Of course ada perasaan macam itu. After dah berbincang dengan keluarga, aku terus stay untuk STPM. Benefit dia sangat banyak sebenarnya, salah satunya ialah jimat kos, tak perlu buat loan studies. Then, shortcut. Belajar setahun setengah sahaja. Kalau diploma tiga tahun and ambil masa untuk sambung degree. Kawan aku dapat keputusan SPM 9A tapi dia pun sama juga dengan aku sambung STPM. Sebab nak buat keputusan yang bijak. Bagi aku, ramai yang tak tahu apa kebaikan STPM ini ialah orang yang rugi. Ramai yang buat andaian student yang tak dapat UPU sahaja akan masuk STPM. NO! And memang salah mentality macam itu. Jadi, if you guys yang baca ini from STPM student, jangan lemah sebab banyak sangat benda best you guys akan dapat. Abaikan kata-kata orang lain yang tak tahu apa matlamat hidup kau.

Masuk form 6, ada tiga sem. Sem 1 kita akan belajar mikroekonomi dulu. Aku minat sangat sebab aku rasa aku pernah belajar and baru aku faham konsep dia. Lecturer dia sangat the best! Memang akan make sure semua student dia akan faham satu per satu baru akan pursue ke next topic. Walaupun laju, tetap fun. Mikroekonomi ini lain dengan ekonomi asas. Ekonomi asas just asas sahaja, mikroekonomi ini banyak keluk yang kita akan belajar. Jenis pasaran persaingan sempurna, monopoli and bermonopoli. Yes, aku minat sangat. Alhamdulillah sem 1 dapat A untuk subject ini.

Masuk Sem 2, kita akan belajar makroekonomi. Okay yang ini agak susah bagi aku, banyak pengiraan. Tapi basic maths sahaja bagi aku. Kat sini kita akan tahu ilmu ekonomi yang lebih meluas. Berkait dengan negara lain, contoh perdagangan antarabangsa ke kan hehe. Fun sangat lah masa form 6. Masuk Sem 3 pula, kita akan belajar makroekonomi juga, tapi more to membaca and hafal. Antara tiga-tiga sem ini, paling senang semester 3 lah bagi aku. 

And then dah habis form 6. Aku cuti 9 bulan and kerja sementara. After that, aku sambung degree. Sebab minat sangat dengan ekonomi, aku apply semua course yang berkaitan dengan ekonomi. Aku minta di UKM untuk pilihan nombor satu sampai empat. Lima dengan enam aku pilih UM and UIAM. Tapi yang aku dapat di UKM Bangi. Mula mula aku sedih juga sebab tak dapat course yang pure ekonomi. Aku dapat Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian. 

Tapi, ada hikmah semua ini berlaku. Sebab ekonomi di universiti sangat tak fun macam form 6 hahaha. Aku sekarang tengah down juga, sebab aku first time masuk universiti tapi dah kena study online apa semua. Aku jenis tak boleh tengok laptop lama sangat, aku tak dapat nak focus betul-betul. So, Ekonomi di universiti sangat mencabar untuk aku, belajar in english pula tu. Aku rindu dengan diri aku yang dulu, rajin and suka belajar. Now macam-macam ujian yang aku dapat, doakan aku untuk terus kuat. Ada hikmah aku tak dapat course ekonomi pure, sebab sekarang pun aku dah tak tahu aku ada kat mana. Doakan aku.

Macam Mana nak Dapat Skin yang Cantik and Sihat?

  Skin cantik ini bukanlah 100% datang dari skincare, tapi yang penting ialah lifestyle kita. Apa yang kita buat? Apa yang kita makan? Apa routine harian kita? Minum air banyak tak? Yes, sangat mainkan peranan yang besar. Apa yang kita kena buat untuk dapatkan kulit yang cantik dan sihat?

Pertama sekali, minum air banyak. Kenapa minum air ini sangat penting? Sebab dengan air, kita bukan sahaja dapat sihatkan buah pinggang, tapi boleh juga buat skin kita hydrated. Lembab selalu, no dry skin. Sehari kena make sure minum air dalam 8 gelas. Dua liter sehari is fine. Nak lebih boleh, tapi jangan terlalu lebih ya sebab boleh merosakkan buah pinggang juga. Jangan lebih, jangan kurang. 

Kedua, pilih skincare yang sesuai dengan kulit kita. Always listen to your skin, even tak boleh bercakap, tapi skin kita akan tunjuk reaction dalam masa 24 hours sekiranya skincare itu tak sesuai dengan skin. Apa tanda skin kita tak sesuai dengan product itu? Kita akan rasa gatal, panas and merah merah akan naik pada skin. Lain ya dengan purging process. If kita ada sensitive skin, elakkan pakai skincare yang ada texture high foam or high PH. Elakkan juga pakai scrub jenis physical which is texture kasar. Just yang terbaik untuk semua jenis skin ialah skincare yang ada texture gel and water based. 

Kenapa tak digalakkan pakai cleanser high foam? Sebab kalau selalu basuh muka guna cleanser banyak buih, kulit kita akan jadi lagi sensitive and boleh nipiskan kulit kita. Takut tak? Elok elok skin kita okay, tiba tiba jadi sensitive sebab kesalahan kita sendiri tanpa sedar! Hati hati bila pilih skincare tau.

Ketiga, jaga lifestyle. Minum air banyak, kerap tukar cadar dua minggu sekali atau dua kali. Basuh telekung setiap minggu, basuh lah apa apa yang patut dibasuh. And selalu jaga pemakanan juga. Kurangkan makan makanan yang bergoreng, sebab ada minyak. Bukan sahaja boleh buat skin kita makin berminyak, tapi boleh juga naikkan kolesterol badan kita. Kurangkan juga makan benda manis, seafood and kekacang. Ada yang makan, tak jadi apa apa effect. Ada juga yang makan, terus naik jerawat. Hati hati. 

Keempat, kukuhkan basic skincare. Yang ini maha penting! Basic skincare itu wajib pakai untuk setiap orang sebab itulah yang paling asas untuk kulit kita. Contohnya moisturiser, cleanser & sunscreen. Tiga komponen product ini lah yang paling wajih kena pakai. Cleanser untuk bersihkan skin luaran, moisturiser untuk hydrated kan skin and sunscreen paling WAJIB! Kena pakai and reapply setiap 3 jam sekali even duduk dalam rumah. 

Jadi, skin ini is not all about skincare, but you have to take a good care of your lifestyle too. Bukan 100% dari product yang dipakai. Apapun kukuhkan basic skincare dan minum air banyak dulu.

Apa yang Menarik di Ancasa Residences Port Dickson?

Port Dickson? Best tak? For me, walaupun dalam Malaysia, still best juga. Memandangkan semua orang work from home and online class from home, mesti kita stress, betul? So, my family suggest ambil beberapa hari untuk holiday, rehatkan minda yang tengah stress, and enjoy the view. Port Dickson memang best especially pantai dia. 

Kenapa family saya pilih Ancasa Residence Port Dickson ini? First of all sebab pantai dia. Yes! Pantai dia sangat best, bersih, and ombak kuat. Actually bukanlah pertama kali saya datang sini. This one kali kedua dah. Dulu, bagi saya kurang memuaskan hotel ini, but now pengurus sana dah buat innovation, warna bilik dah ubah, facilities dia pun makin better. That's why kami ke sini. 

Facilities. Dekat sini ada banyak facilities yang hotel ini dah provided. Contohnya, gym, tempat karaoke (for those yang suka karaoke), spa, sauna, and banyak lagi. Toilet pun not bad, tapi ada certain tempat toilet dia kurang bersih so saya harap dia perbaiki yang itu. Yang lain okay.

Pantai. Pantai dia best gila! Air bersih, tak ada sampah, ombak kuat, & banyak activity yang kita boleh buat di sini. Banana boat & apa-apa yang berkaitan dengan boat semua ada. Siapa yang tak pernah naik, boleh cuba. Bayaran pun tak adalah mahal mana, okay lah dengan harga. You guys should try sebab boleh release stress haha. Pergi dengan family is recommended. Sebab boleh spend time lama lama, bukan selalu pun kan? 

Swimming pool. Swimming pool macam biasa ada tempat yang tak dalam, ada yang dalam. Disebabkan covid19, wajib follow SOP. Crew hotel ini dah set kan masa untuk setiap orang boleh mandi dalam 30 minit only. Saya tak masuk pool sebab sekejap sangat boleh main airnya haha so saya lebih prefer pantai sebab tak ada limited time. Tapi not bad lah untuk pergi.

Restaurant. Makanan dia banyak. And macam macam pilihan yang kita boleh pilih untuk makan. Tapi saya pergi masa breakfast sahaja. Sebab tengahari kami masak hahaha lagi jimat kan! Untuk breakfast, if beli tickets pada hari yang sama, harga rm29 sekepala. If beli sehari sebelum akan dapat off rm10 which is rm19 per person. Not bad lah kan dengan harga? So you guys boleh pergi.

If bosan, boleh juga nak relax di tepi pantai. Relaxing mode on!