Saturday, 16 January 2021

Subject Aplikasi Komputer di UKM Bangi

 Hai semua, ini merupakan blog terakhir saya untuk subject Aplikasi Komputer ini. Bagi saya subject ini bukanlah stress sangat, tak seteruk subject lain. Subject ini sebenarnya sangat fun untuk saya sebab dia nak tengok sejauh mana mahirnya kita guna semua software yang ada dalam laptop or computer kita. And nak tengok juga sejauh mana kita tahu cara yang betul untuk guna Microsoft Excel, Microsoft Word, Powerpoint, Microsoft Access and macam macam lagi!

Paling mencabar untuk saya ialah Microsoft Excel dengan Microsoft Access. Sebabnya saya sangat tak familiar untuk dua Microsoft ini. Sangat struggle saya nak kena belajar satu per satu, tapi disebabkan minat, alhamdulillah mudah sahaja. Cuma bila exam, soalan yang tricky sikit saya ambil masa untuk faham. 

Antara assignment yang saya perlu buat ialah ini lah. Kena tulis blog sebanyak 28 entries and perlu siap sebelum minggu ke-13. In sha Allah sempat siap hehe. By the way untuk lecturer saya Dr. Leyha, terima kasih Dr. sebab bagi tunjuk ajar untuk saya and kawan kawan yang lain belajar subject ini. Dr. ajar sangat jelas and the best. Walaupun kita tak pernah jumpa face to face, harapnya nanti jika berpeluang saya dapat balik UKM, dapatlah saya jumpa Dr. hehe. Maaf salah silap sekiranya ada selama online class dengan Dr. and doakan saya untuk berjaya dan maju terus ke hadapan! 

Actually sebelum ini saya memang pernah tulis blog tapi jarang sangat. Disebabkan assignment ini kena buat 28 blogs, saya try untuk siapkan and alhamdulillah done! ❤️ If saya rajin untuk update blog lagi after this, in sha Allah saya akan buat hehe. Terima kasih sangat sangat, saya hargai semua jasa lecturer saya especially untuk subject Aplikasi Komputer ini. 

Bye and Assalamualaikum! ❤️

Adab

Islam sangat menekankan pendidikan adab dalam kalangan umat manusia kerana dengan adab, seseorang mukmin akan menjadi manusia yang tinggi akhlak dan keperibadian diri. Islam menetapkan pelbagai adab seperti adab berguru, adab menjaga orang sakit, adab menziarah jenazah dan adab-adab dalam pergaulan seharian. Dengan setiap perbuatan yang berlandaskan adab dan akhlak yang baik maka seseorang itu dapat meraih kecintaan Allah SWT.

Menerusi rancangan Islam itu Indah, Ustaz Firdaus Subhi berkata dalam kitab nukilan Khatib al- Baghdadi banyak menekankan tentang peri pentingnya adab dalam kehidupan. Bahkan pengetahuan atau pemahaman tentang adab itu sendiri perlu diterjemahkan dalam setiap perbuatan yang mana apabila berbicara tentang adab seseorang mukmin perlu mengetahui tentang bagaimana adab mereka dengan Allah SWT, adab dengan Rasulullah SAW dan adab berhubung dengan makhluk di muka bumi ini.

Adab seseorang mukmin dengan Allah SWT misalnya, perlu difahami secara jelas bagaimana seseorang itu perlu bermuamalah dan melaksanakannya agar mendapat keredhaan Allah SWT. Para alim ulama menekankan bahawa adat bermuamalah dengan Allah SWT adalah dengan cara menyembahNya dengan penuh ketaatan dan bukan dengan cara melakukan kemungkaran. Tiada yang lebih besar dan berkuasa melainkan Allah SWT dan tidak ada sesuatu yang lain yang disembah melainkan Allah Taala. Ini adalah antara cara atau adab yang wajib dilakukan seseorang mukmin dalam menterjemahkan adab dengan Allah SWT.

Jadinya, ilmu dengan adab sangat berbeza. Kalau kita ada ilmu, tapi tiada adab, tak ada gunanya. Kalau kita ada adab campur dengan ilmu, sangat luar biasa! Jaga adab.

Bagaimana untuk Ikhlaskan Diri Buat Sesuatu Perkara

First of all, saya sangat faham apa yang kita semua rasa if kita dah bantu orang, tapi after that kita rasa kita rugi and menyesal. Siapa pernah macam itu? Kita pernah sedekah, tapi kita rasa menyesal bagi dia duit sebab kita pun tak cukup duit nak beli itu ini.

Baik, saya faham. Sebenarnya, nak jadi seorang yang ikhlas ini mudah sahaja. Kunci utama yang perlu kita pegang ialah syukur. Bersyukurlah. Kenapa bersyukur? Sebabnya kalau kita bersyukur, kita akan rasa kita sentiasa cukup dengan apa yang Allah bagi. Kita akan rasa kita tenang. And automatic, bila kita tolong orang lain, kita akan rasa kita gembira sebab dah tolong orang lain.

Sentiasa ingat, makin banyak kita memberi, makin banyak kita diberi. Jadi, bagilah sesuatu yang boleh bagi manfaat dekat orang lain. Kalau diikutkan dalam perspektif islam pun, sedekahlah kerana dengan sedekah itu boleh hapus semua dosa-dosa kita. Kalau kita tak ada duit, kita boleh bantu orang dari segi tenaga kita. Kita boleh juga bantu orang dari segi senyuman kita. Kita puji orang pun, dah kira kita bantu orang itu untuk gembira. Ada ke orang yang kena puji jadi sedih? Tak ada kan? Hahaha.

Sentiasa ingat juga, sekali kita bagi orang barang yang kita sangat sayang, lagi besar ganjaran pahala yang Allah bagi. And lagi besar juga balasan yang Allah akan bagi. 

Contoh selain sedekah ialah "minta maaf". Kenapa minta maaf? Sebabnya kalau orang buat salah dengan kita, tapi kita maafkan. Dalam masa yang sama, kita teringat balik apa yang dia buat dekat kita. Itu kira ikhlas ke kita maafkan? Sebenarnya niat kita. Kita perlu ikhlas maafkan orang sebab kita kena ingat, Rasulullah SAW pun boleh maafkan orang lain, tapi kenapa kita tidak boleh? Jadi, maafkanlah orang lain. Maafkan diri sendiri juga. Walaupun kita tak tahu siapa yang benci kita sekarang, maafkanlah dia juga.

Sesungguhnya, percayalah there's something big going to happen for you! Allah nampak semua.

One of My Goals for 2021, ACHIEVED!

Aku Nik Nur Ezaila. Biasanya orang panggil aku Ezaila tapi sekarang semua orang lagi suka panggil Nik. Mana mana pun boleh. Tahun baru? 2021. Di mana aku sekarang ada dekat rumah sambil Online Class & semuanya dekat rumah! Untuk entry kali ini aku akan share sikit apa yang aku dah capai setakat ini untuk tahun 2021. Walaupun banyak cabaran, tapi aku cuba untuk sentiasa improve diri sendiri.

Aku seorang student UKM and aku buat business sambil belajar. Business yang aku buat is skincare. Ainaa Beauty, siapa tahu? Aku tak pernah pun terfikir nak buat business ini, but ada satu masa itu aku tergerak hati untuk join business ini. Bila? Since aku kerja as admin seorang leader ini. Sebab aku masa itu setiap hari reply whatsapp customer, wrap parcel and layan team team business! Jadi, kat situ aku memang nampak betapa seronoknya bila berbusiness ini. Actually ini pengalaman pertama aku business skincare, sebelum ini semua barang-barang sahaja.

After dah berhenti kerja as admin, aku terus join business ini under Kak Aira. Bila aku masuk, aku kan student? Jadinya if ada class product knowledge or apa apa class yang ada founders pun aku tak sempat nak join. Join pun tak konsisten lah. Tapi, dalam masa yang sama Alhamdulillah stock aku sangat laju and demand pun tinggi. Setiap hari ada customer, in sha Allah.

Tapi, apa yang aku nak cakap, aku buat semua ini sendiri. Before this, kalau team datang restock dekat leader, leader akan buat video and then leader akan mention team itu di instagram (means tolong promote). But, if aku restock, leader tak post pun. Post, cuma baru beberapa kali. Mula mula aku macam sedih, but it's okay aku teruskan business aku macam biasa. Dah lama aku business itu, aku baru faham. Sebab leader aku whatsapp aku, dia kata dia nak aku pergi jauh. Dia nak aku cuba belajar survival mode (means usaha sendiri tanpa bantuan orang lain). Since that, aku jadi lagi bersemangat. And tak kisah pun kalau leader tak mention aku. Hahaha.

And baru-baru ini tarikh 15 Januari 2021, aku berjaya upgrade stock. Walaupun banyak sangat modal yang diperlukan which is more than two thousand, aku sanggup. And aku sebenarnya tak sangka, plus perasaan aku macam macam sekarang. Aku rasa takut, nervous and excited pun ada! Sebabnya, aku student. Aku tak pernah keluar duit banyak macam itu. Even bagi orang lain nilai macam itu kecil, tapi bagi aku sangat besar lagi lagi tengah belajar and perlu guna duit yang banyak. 

Aku berjaya achieved satu target 2021 aku, and in sha Allah aku akan upgrade lagi. Cuma satu yang aku nak, please doakan Nik Nur Ezaila berjaya dunia akhirat tau! Sesungguhnya apa yang aku buat, semua kerana Allah. Aku nak kaya untuk kayakan orang lain. Doakan aku tau! 

In sha Allah next target will be achieved. Amin.

Kebaikan Avocado untuk Kulit Manusia

 Avocado banyak sangat khasiat untuk kita terutamanya untuk skin. Sebab apa? Avocado mengandungi vitamin A, B (termasuk B6, niacin dan riboflavin) C dan E serta kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink selain tidak mengandungi kolesterol dan sodium. Buah ini sebenarnya banyak sangat khasiat dan dah lama digunakan dalam penjagaan kesihatan kulit muka bahkan satu anggota badan!

Khasiat buah avocado ini mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti Anti-penuaan, melindungi daripada kanser, mengandungi banyak vitamin, mengawal tekanan darah, mengekalkan kesihatan jantung, menggalakkan kesihatan mata, dan banyak lagi!

Seperti yang kita tahu, antara khasiat buah avocado dalam kecantikan pula ada banyak. Pertama, mampu membuang sel sel kulit mati. Sebab apa? Avocado kaya dengan vitamin A, dengan adanya vitamin ini, ia mampu membuang sel sel kulit mati pada kulit muka kita. Sebab itulah ramai seller product skincare banyak jual product yang berasaskan avocado! Hehe

Avocado juga boleh bantu bersihkan kulit kita dengan cara yang mendalam. Selain daripada itu, boleh juga buat kulit kita semakin lembab and kekal hydrated! Siapa yang tak nak kulit lembab kan? Disebabkan oleh salah satu bahan yang ada ialah vitamin E iaitu sumber antioksidan yang mampu mengurangkan garis-garis halus tanpa penuaan dan kulit rosak akibat cahaya matahari yang tak bertapis.

Buah ini juga boleh menentang radikal-radikal bebas and bersihkan kulit yang berminyak tanpa keringkan kulit. Khasiat buah ini sangat bagus untuk orang yang ada sensitive skin and dry skin sebabnya bahan yang kaya dalam buah ini boleh sentiasa lembabkan kulit sepanjang hari. Last but not least, buah ini jugak mampu menghilangkan warna gelap di seluruh bahagian badan kita!

Apapun tak semua orang sesuai dengan buah avocado ini, so yang penting is always listen to your skin!

Monday, 11 January 2021

2020

 Thank you 2020! Walaupun banyak ujian yang aku dapat untuk tahun 2020, tapi aku bersyukur sebab masih ada yang boleh buat aku happy. Bagi aku, tahun 2020 agak mencabar bagi aku and sangat tak best kalau nak dibandingkan dengan tahun yang lain. But still ada yang best.

Yang best untuk tahun 2020, aku ada orang yang selalu ada dengan aku, family, kawan, & boss yang baik. Untuk family, my mom selalu masakkan makanan yang sedap, and bersyukur juga masih ada ibu di sisi. So that aku ada kawan lah dekat rumah untuk berborak, share problems or mengusik. Aku harap my mom always ada sampai aku berjaya betul betul nanti. Untuk kawan, aku bersyukur sangat sebab selalu ada juga, selalu teman hantar and post barang untuk customer, teman makan and banyak keluar spend time sama sama. You know who you are :) 

And untuk boss pulak, i'm so happy sebab dapat jadi antara orang yang kuat dalam bisnes keluarga boss. Actually aku staff pertama majikan ini, so that memang aku tahu susah senang mereka dari awal start business and sampai lah sekarang jadi top 1 dalam Malaysia. I'm so happy. Bukan sahaja boss, tapi dah jadi keluarga. Sampai sekarang kita contact walaupun dah tak kerja dekat sana. 

Next, aku juga berpeluang untuk buat my mom happy and bangga of my achievements. Aku dapat top 2 student and dean list. Hopefully masa akan datang pun akan dapat lagi. After that, dapat tawaran sambung study dekat UKM Bangi. Alhamdulillah thank you Allah sebab pinjamkan rasa happy ini.

Tapi, yang tak bestnya negara kita tengah berperang dengan COVID 19. Raya tak dapat balik kampung, online class, tak dapat keluar and banyak lagi. Kalau boleh semua benda nak online, tapi sangat sukar bagi aku. Now dah jadi norma baru, and terpaksa hadapi wabak ini. Hopefully cepat habis! 

Thank you 2020 ❤️

Pengalaman Jadi Staff Cashier KFC

 Walaupun tak lama aku kerja sebagai staff department cashier KFC, tapi bagi aku sangat fun! Banyak perkara yang aku jumpa yang mana sebelum ini aku tak pernah jumpa pun. Bila aku kerja KFC? Aku kerja tahun 2018, and kerja tiga bulan sahaja sebab masa itu aku lepasan SPM and berhenti pun sebab nak sambung study.

Nak cari kerja memang susah, aku apply banyak tempat tapi tak dapat apa apa call. And aku cuba try apply KFC, tiba tiba harini aku apply, esok dah boleh start kerja. Team management kata aku staff pertama yang dapat kerja terus macam itu hahaha maybe sebab memang perlukan staff sangat time itu. First day kerja, masih lagi trainee. And first day kerja juga aku dah kena maki dengan customer. 

Normal lah itu, sebab manusia memang kita tak boleh kawal. Aku time itu terkejut juga, isu nya ialah ayam jammed. Sebab hari itu ramai sangat customer, ayam pula dah goreng banyak and terus habis. Tunggu turn, and dah janji dalam 30 minit customer itu akan dapat, tapi tak tahu kenapa customer itu tiba tiba marah sebab lama sangat, padahal tak sampai 30 minit lagi. Hahaha pengalaman betul. Time itu aku ada pemantau yang tolong sebab first day. Kami berdua yang kena hahaha.

Day by day ada improvement, dalam seminggu macam itu aku dah boleh handle sorang. Best juga la sebab kerja KFC ni dapat makanan free, so jimat expenses makan kat situ. If malam, ayam or burger lebih, boleh bawa balik. Aku setiap hari bawa balik rumah sampai orang rumah dah muak hahahaha. Tapi makan macam biasalah.

Apa yang aku dapat kat sini, team work sangat main peranan yang besar. If sorang staff ada problems, staff lain boleh cover kan. Tapi kena inform so that orang lain tahu. Next, aku jugak dapat tajamkan ingatan which is aku dapat ingat sekali sahaja order orang even dia order banyak. Secara tak langsung, boleh didik diri aku untuk kuat ingatan. Aku pun rasa bersyukur dengan apa yang ada, sebab aku ada kenal salah satu staff yang dibuang keluarga. So di sini aku ambil peluang untuk guide dia untuk ke arah yang lebih baik. Secara tak sedar, aku juga boleh happy kan orang lain. Sampai sekarang aku contact dengan dia. Hopefully dia dilindungi Allah selalu.

So itu sahaja pengalaman aku, thank you sebab baca hehe