Wednesday, 30 December 2020

Ilmu dari "Byond Go" : Fasa dalam Perniagaan (SURVIVAL MODE)

Baru mula perniagaan? Congratulations! Semoga terus berjaya dalam business, tabah, and kuat untuk hadapi macam-macam cabaran dalam perniagaan. Siapa tahu "Byond Go"? Bagi yang tak tahu, Byond Go merupakan website or application dalam bentuk video yang berbayar. Dalam Byond Go, banyak sangat ilmu yang kita akan belajar dalam perniagaan. Speaker dia pun sangat best! Kenal Abdul Basit? Kalau orang business, mesti kenal. So, saya akan share sikit demi sikit apa yang saya dah belajar dalam Byond Go. Saya tahu Byond Go ini pun dari boss saya dulu, Kak Aira.

Tajuk : Fasa dalam Perniagaan (SURVIVAL)

Survival? Survive? Atau ditafsirkan dalam Bahasa Melayu, bertahan. Di sini kita akan tahu, sejauh mana business kita bertahan? Sebulan? Setahun? Bertahun-tahun? Sebelum kita buat business, kita kena tahu dulu apa niat kita yang sebenar. Betulkan niat, kita kena jual apa yang orang perlukan, bukan apa yang kita perlukan. Bila menjual, kita inginkan kejayaan, bukan keuntungan semata-mata. Jadi, sangat penting untuk kita tahu fasa dalam business. Kalau kita tak tahu fasa, mungkin business kita tak akan maju.

Terdapat tiga fasa dalam business.

Pertama, Fasa Survival. Untuk fasa ini, syarikat atau business kita masih baru. Means, kalau kita baru start meniaga, kita akan berada di fasa survival. Tempoh ataupun berapa lama kita dalam fasa ini? Jawapannya ialah setahun ke tiga tahun. Mengikut statistic, satu daripada lima bisnes berjaya bertahan. Apa maksudnya di sini? Maksudnya, nak bertahan dalam business ini sangat susah ya. Tak senang. Orang yang kuat sahaja boleh bertahan. Contohnya, ada enam syarikat Entreprise. Tapi, hanya satu daripada enam syarikat Entreprise itu berjaya convert ke Sdn. Bhd. which is level yang lebih mencabar. Tak ramai yang berjaya sebab profit business semakin berkurang. Pemilik business wajib jaga kos untuk keluar masuk product yang kita jual itu. Jadi? Kita semua ada di fasa survival tak?

Kedua, Fasa Expansion atau fasa berkembang. Fasa ini merupakan fasa selepas survival tadi. Ciri fasa expansion ialah, syarikat ada cash reserve yang cukup. Bila ada cash reserve yang cukup, business akan sustain. Syarikat boleh tanggung tiga ke enam bulan kos overhead pada masa akan datang. Modal perniagaan pun semakin besar dari survival mode tadi. Fasa ini syarikat perlu cari dana dari luar untuk kembangkan business mereka. That's why adanya orang kaya-kaya buat investment dan sebagainya. 

Ketiga, Fasa Sustain atau maturity. Untuk fasa sustain, tak ramai yang boleh sampai ke tahap ini. Contoh syarikat atau perniagaan pada fasa sustain ini ialah Nestle. Yang famous semua itu berada dalam fasa ini. Fasa sustain ini merupakan fasa selepas survival dan expansion. Perniagaan memang dah berkembang dan takkan berkembang lagi tapi hanya boleh sustain atau kekal dalam pasaran. Ramai demand. Atau nama lain dia ialah plateau (dah tak boleh kembang lagi). Perniagaan yang ada dalam fasa ini, kena start develop new product atau business yang baru. Lepas itu, boleh masuk dalam investor mode (pemilik bisnes yang selalu terlibat untuk melabur). Next, boleh gunakan dana yang ada untuk beli perniagaan lain. Kenapa digalakkan beli syarikat lain pada fasa ini? Supaya profit syarikat akan semakin bertambah. Walaupun tak banyak sales, tapi banyak investment, maka untung pun semakin bertambah dan banyak.

Kesimpulannya, kita kena kenal pasti di mana kedudukan business kita sekarang? Survival? Expansion? Atau Sustain? Apa pun, yang penting ialah kita kena sentiasa jaga cash flow dan pastikan ada cash reserve yang cukup untuk kembangkan business kita.

Ilmu dari Abdul Basit.

Yang berkongsi, Nik Nur Ezaila.

Monday, 28 December 2020

Cara Pakai dan Guna Semula Face Mask dengan Betul dan Selamat!

Type Of Face Mask Most Effective Against COVID-19 | SCHOOL OF GRADUATE  STUDIES

Tahukah anda Face Mask sebenarnya boleh guna semula? Saya ingat saya sahaja yang baru tahu, rupanya ramai juga yang tak tahu! Sebelum ini, kita pakai and buang kan? Rupanya ada cara tersendiri untuk reuse face mask. Tapi kena make sure betul-betul bersih and terjamin selamat lah! Banyak jenis face mask, yang terbaik ialah face mask yang ada 3 lapisan di dalamnya. Jadi, ini cara-caranya.

Pertama sekali, kita perlu cuci tangan sebelum menyentuh pelitup muka. Penting ke cuci tangan ini? Of course penting sebab kita perlu tahu, tangan kita banyak sangat kuman yang tersangatlah kecil. Walaupun tak nampak secara mata kasar, mesti ada! Oleh itu, kita juga tak tahu apa yang kita sentuh kerana terlalu banyak tempat yang kita sentuh, orang lain juga sentuh. Kalau tak cuci tangan, sama sahaja kalau kita tak pakai face mask. Virus yang bahaya seperti Covid 19 juga senang nak masuk dalam badan kita. Berhati-hatilah.

Kedua, kita perlu periksa sekiranya face mask ada kotor atau kerosakan. Kenapa perlu periksa? Sebab sekiranya kotor, kita tak digalakkan untuk pakai kerana kita tak tahu apa punca kotor itu ada. If ada kerosakan contohnya tali face mask tidak elok, seeloknya ambil sahaja yang baru. Kalau tali pun sudah rosak, macam mana nak pakai and tutup betul-betul hidung dan mulut kita?

Ketiga, kita perlu pegang tali face mask sahaja dan sangkut pada telinga. Jangan sentuh permukaan face mask ya, hanya pegang tali sahaja. Awak juga perlu make sure hidung dan mulut ditutup secara rapat, ikut kelesaan. Elakkan untuk sentuh bahagian dalam dan luar face mask. 

Keempat, selepas guna face mask, tanggalkan face mask dengan hanya pegang tali sahaja. Sebab kita sudah pergi ke merata tempat dan kita tak tahu virus itu berada di mana. That's why kita hanya boleh tanggalkan dengan memegang tali face mask sahaja. 

Kelima, basuh face mask dengan menggunakan sabun atau detergen. Masa basuh, digalakkan untuk guna air panas. Sebab apa? Suhu yang tersangat tinggi boleh bunuh kuman yang ada pada sesuatu tempat. And digalakkan juga untuk basuh guna sabun setiap hari sekurang-kurangnya sekali sehari.

Keenam, sidai face mask. Kenapa kena sidai? Supaya kita dapat keringkan. Pastikan sidai di tempat yang bersih and ada pengudaraan yang banyak. Jangan sidai di kawasan yang tiada pengudaraan sebab ia boleh membuat face mask itu lembab dan bakteria akan merebak dan membiak di kawasan yang lembab. 

Ketujuh, basuh tangan selepas membasuh. 

Done! Senang sahaja, jadinya kita tak perlu membazir untuk beli face mask yang baru setiap masa. Dengan adanya ilmu ini, kita boleh jimat duit kita and kita juga boleh guna semula mask yang telah dipakai. Mudah kan? Selamat mencuba <3


Stay safe.








Citra Inovasi dalam Ketenteraan di UKM Bangi~

 Salam and hi untuk awak yang belum tahu tentang subject Citra di UKM Bangi. Apa itu Citra? Citra merupakan subject yang perlu dan wajib student UKM ambil untuk cukupkan credit hour. Credit hour itu apa? Bilangan jam awak belajar sepanjang belajar di universiti. 

Kenapa saya pilih Citra Inovasi dalam Ketenteraan ini untuk cukupkan credit hour saya? First of all, sebab saya minat dengan tentera. Ayah saya dulu tentera, dua orang abang saya pun tentera, then saya pula jenis active kokurikulum dalam kawad sekolah dulu hahaha. Apa yang awak semua akan belajar dalam subject citra ini?

Lecturer saya Leftenan Colonel Mohd Jasmy, boleh panggil Colonel. Untuk subject ini, class akan diadakan sebanyak enam kali sahaja means jumpa lecturer sebanyak enam kali sahaja. Yang lain hanya perlu siapkan tugasan yang dah diberi ikut due date. 

Sejujurnya subject ini best untuk sesiapa yang minat, assignment pun ada banyak yang perlu kita siapkan. Walaupun banyak assignment, setiap satu tugasan itu sikit lah juga. Ada yang perlu cari gambar teknologi tentera, and kena bagitahu dalam bentuk point apa kelebihan teknologi itu. Ada juga yang kena buat esei ringkas tentang teknologi tentera. Memang best, siapa minat main PUBG, mesti suka! Hahaha

Bagi pandangan saya, subject ini just nak student tahu pasal tentera dalam malaysia. Kena tahu apa fungsi setiap Kor atau Rejimen sesebuah pasukan itu, ada berapa jenis tentera dalam malaysia and macam-macam lagi. Walaupun agak senang, tapi akan jadi susah sebab kesuntukan masa. Kenapa? Sebab bukan subject ini sahaja yang kita perlu handle, ada banyak lagi subject yang perlu kita cover. Jadinya, kesuntukan masa untuk siapkan satu per satu tugasan or assignment. Tapi just enjoy sahaja.

Subject ini juga akan sedarkan diri kita betapa pentingnya tentera dalam negara. If tak ada tentera, keselamatan negara maybe akan terjejas. Tentera dan polis sangat berbeza ya. Polis more to jaga keselamatan negeri, tentera pula more to jaga keselamatan negara (sempadan negara). Dulu, saya ingat sama, rupanya berbeza sama sekali. Secara tak langsung, student subject ini akan jadi kreatif sebab nama subject pun "Inovasi dalam Ketenteraan", jadinya kita perlu inovasikan satu teknologi baru untuk kegunaan tentera. Saya rasa, kalau tak disebabkan covid 19, mesti lagi best! Sebab subject ini ada sediakan surat untuk pergi melawat tempat tentera supaya boleh tengok sendiri teknologi yang mereka ada. Malangnya, surat itu tak berguna sebab COVID 19, semua jadi online.

Apapun, boleh juga kalau awak nak ambil subject ini, in sha allah tak akan menyesal :)

PART 2 : Pengalaman Bekerja dengan Influencer Master Partner Stokis AINAA Beauty



 Hai bersambung lagi cerita kita. Siapa yang belum baca Part 1, you guys perlu baca dulu Part 1 untuk fahamkan entry kali ini. Hehe.

Surah Al Qalam, ayat 1 : "Demi pena, dan apa yang mereka tulis".

Tulislah benda-benda yang positive, tulis doa awak semua. Kak Aira buat setiap hari sebelum subuh tanpa tertinggal. To be honest, saya pun tak mampu macam itu. 

Pendekkan cerita, saya juga ada keluarga majikan yang sangat baik. Panggilan Ibu, Ayah, Kak Nis, and Afiq. Saya merupakan staff pertama keluarga ini, jadinya macam-macam saya tahu tentang keluarga ini. Saya sangat tahu susah senang keluarga ini dari dulu. Dengan kuasa Allah, semua affirmations and gratitudes Kak Aira tulis tercapai. Satu demi satu.

Setiap pagi, sebelum saya mulakan kerja, wajib untuk buat morning routine bersama team which is baca Amalan Al Mathurat dan Al Waqiah. Hari jumaat akan baca Surah Yasin & Al Kahfi 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir. Itulah rutin saya dan keluarga itu setiap hari sebelum mulakan kerja. Saya rasa seronok sebab saya belum pernah jumpa kerja yang macam ini. Bagi saya, ini pengalaman yang sangat happy.

Masa kerja, saya selalu juga perlu bantu Kak Aira berurusan dengan founders which are Hafiz Mahamad & Syafiqah Aina. Mulanya, saya tak expect saya akan jumpa mereka depan-depan. Saya memang minat dengan dua orang influencers itu sebab mereka sangat humble! Bila jumpa depan-depan, yes humble dan sangat peramah. Selalu bagi nasihat juga untuk saya. Dipendekkan cerita, saya kerja dengan Kak Aira tak sampai setahun sebab saya perlu sambung study di UKM. Ambil course business administration. Dengan sedihnya, saya rasa berat untuk berhenti tapi belajar lebih penting. Kak Aira and family pun sedih juga sebab saya merupakan staff pertama and banyak sangat pengalaman sama-sama. 

Walaupun dah berhenti, tapi tetap masih lagi contact sesama sendiri. In sha Allah tak akan putus hubungan. Sebelum berhenti, saya and family Kak Aira spent time satu malam di Atmosphere 360. First time juga datang situ. Mulanya, saya disuruh kerja overtime rupanya ada celebration! Sangat tak expect sebab bagi saya, saya hanya seorang staff. Hehe .

Apapun, walaupun gembira bekerja, mesti ada pahit manis setiap kenangan itu, kita hanya perlu muhasabah untuk jadi orang yang terbaik pada masa hadapan.






PART 1 : Pengalaman Bekerja dengan Influencer Master Partner Stokis AINAA Beauty

 Salam and hi semua, to anybody who reading this entry, saya nak bagitahu bahawa saya tak menyesal bekerja dengan majikan yang sangat baik ini. Sebab apa? Sebab banyak sangat yang saya dah belajar dari mereka semua. Bukan hanya majikan, tapi dah macam keluarga sendiri :)

Macam yang awak semua tahu, saya merupakan pelajar lepasan STPM. After habis STPM, terus cuti lama. Almost a year. And then, lebih kurang a couple of months, saya tak kerja and hanya di rumah. Ramai yang tanya macam mana saya boleh dapat kerja dengan Master Stokist AINAA Beauty Aira Sabrina? Jawapannya rezeki dan rezeki datang melalui kawan baik saya.

Bulan Disember 2019, saya memang cari pekerjaan dalam office, means saya nakkan pengalaman bekerja yang tak pernah saya bekerja. Saya jumpa iklan ini through instagram Kak Aira, then kawan saya whatsapp Kak Aira untuk dapatkan details job ini. Pendekkan cerita, saya disuruh untuk email resume. Tiba-tiba dua hari selepasnya, saya dipanggil untuk interview. Masa itulah kebetulan saya tak sihat, but because of nak sangat kerja itu, saya pergi interview. Esoknya saya dah boleh start kerja.

Apa yang saya bangga dengan seorang Aira Sabrina atau dikenali sebagai boss saya Kak Aira ini? First of all, dia merupakan student statistic, baru umur 23 tahun but dia banyak sangat menyumbang dalam keluarga. Utamakan ibu ayah, keluarga, staff, dan baru utamakan diri sendiri. Dia sangat humble and pemurah dalam diam. Kak Aira pun bukan sahaja berjaya dalam business, tapi berjaya dalam pelajaran. Every semester mesti akan dapat dean list first class. I'm so proud.

Jawatan saya is Administrator Assistant which is tugas saya adalah untuk balas whatsapp customer, interact dengan team, kira stocks, susun stocks, tulis daily report, and wrap parcels. Dari sini, banyak sangat yang saya dah belajar and secara tak langsung, kerja ini memang sesuai dengan diri saya. Means saya minat dengan business. Ada masa, saya perlu ikut pergi HQ Bangi untuk bantu team and macam-macam lagi. 

 Time balas whatsapp customers, apa soalan yang paling kerap saya terima? Ramai yang tanya apa yang Kak Aira buat setiap hari sampai dia berjaya jadi Top 1 dalam Malaysia? Dia juga dah banyak bagi pengaruh yang baik untuk orang lain. Disini, apa yang saya boleh kongsikan, Kak Aira jenis pentingkan dengan menulis. Dalam Surah Al Qalam ayat 1, "Demi pena dan apa yang mereka tulis.". Based on ayat ini, amalan kak aira setiap hari ialah tulis. Tulis affirmation and gratitudes. Apa benda itu? Masa ini aku pun tak faham apa benda affirmation and gratitudes. Lama-lama dah faham.

Affirmation is perkataan yang kita nak. Contoh, kita nak kaya walaupun belum kaya. Jadi, sebutlah selalu, tulislah selalu, "Aku Kaya, I Am Rich". Bila buat setiap hari, mesti akan jadi betul. Sebab bila kita tulis sambil bercakap, itu doa yang sangat sangat powerful sebenarnya. Gratitudes pula apa dia? Gratitudes is perkataan yang kita syukur dengan Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah dah bagi. Contoh bagi yang ada bisnes, "Thank You Allah untuk customers yang baik dan memahami." Sentiasa kena bersyukur setiap satu nikmat yang diberi. In sha allah dengan adanya benda-benda positive macam ini, Allah akan mudahkan segala urusan.

Bersambung Part 2 di next entry!

Cara untuk Post Barang Menggunakan Courier J&T

 Assalamualaikum dan hai semua! Ramai yang masih baru dalam perniagaan? Tak apa, saya akan ajar cara macam mana cara yang betul untuk post barang guna courier J&T. Tak susah pun, mudah sangat yang tersangatlah mudah.

Pertama sekali, kita kena tahu dulu ke mana barang yang kita nak post ini akan pergi. Semenanjung? Sabah Sarawak? Terpulang. Biasanya kalau semenanjung nak post ke sabah sarawak kos tinggi sikit, same goes to sabah sarawak nak post ke semenanjung. If barang below 0.5 kilogram, standard cost price is rm8, sabah sarawak rm12. 

Kedua, cari cawangan J&T yang berdekatan dengan rumah awak semua. Contoh, awak tinggal dekat Rawang, so boleh pergi J&T yang berdekatan area Rawang. If awak merupakan seller skincare macam saya, awak kena balut dulu dengan bubble wrapper so that parcel tu akan lagi selamat. Especially barang fragile, sangat penting dengan bungkusan yang tebal. Kalau nak post skincare di Sabah Sarawak, kena pastikan awak ada surat pelepasan untuk pegawai sana check sama ada skincare itu selamat atau tak.

Ketiga, bila dah sampai J&T, awak perlu beratur if ramai. Kalau tak ramai, boleh terus pergi ke kaunter and bagitahu staff di sana untuk post barang awak tu ke mana. And nanti staff J&T akan ambil barang awak yang dah dibalut itu dan dia akan masukkan dalam sampul yang bersesuaian dengan size barang awak. Ada tiga jenis saiz sampul J&T iaitu S, M dan L. Kalau nak post surat, memang ada khas sampul yang agak tebal untuk post surat supaya tak kedut. Setiap jenis harga berlainan ya.

Keempat, awak hanya perlu bagi detail penerima dan pengirim (awak). Kalau saya, saya biasanya akan tulis siap-siap dekat dalam notes phone and terus bagi phone itu untuk staff J&T type details dengan betul. 

Kelima, selepas sahaja dah bayar, staff J&T akan bagi satu helaian sticker yang kecil ada logo J&T. Sticker itu sebenarnya bukti yang awak dah post barang itu untuk penerima. Dalam sticker itu, akan ada details customer awak, details awak dan juga waybill number which is number tracking untuk customer awak check barang dia dah ada di mana.

So itu sahaja! Mudah kan? By the way, setiap cawangan J&T akan caj harga yang berlainan ya. Ada yang murah sikit, ada yang mahal sikit. Kalau kawasan saya, dia akan caj rm8.50. Kiranya 50 sen itu kita belanja customer kita hehe. 

All the best and semoga awak semua dimurahkan rezeki yang melimpah ruah! Good luck business masing masing <3

Tuesday, 17 November 2020

Pengalaman Degree Time Covid 19

Assalamualaikum and hai semua! ❤️ 

Kalau you guys pernah baca blog saya sebelum ini, saya ada ceritakan pengalaman STPM kan? Okay now saya akan move to lagi advance haha which is pengalaman saya sambung degree di UKM Bangi. Tapi yang bezanya ialah online class the whole sem 😥 . 

Saya daftar diri di UKM pada 4 Oktober 2020, dan sepatutnya saya "daftar diri" fizikal. Dah siap kemas barang, beli baju, excited sungguh. At the end, tak jadi. Semua kena online. Sebab? COVID 19 MAKIN TERUK 😭 . Tapi in sha Allah everything will be fine soon. Doakan ya.

Saya first time sambung degree dan tak pernah masuk universiti lagi disebabkan saya lepasan STPM. Jadinya, pada mulanya masuk universiti ini, saya jadi pening and agak stress. Cara pembelajaran online, assignment juga banyak. Tapi itu biasa kalau you guys masuk universiti. Tapi serious terkejut and rasa macam banyak sangat tertinggal dengan pembelajaran. Sometimes, internet slow dan tiba-tiba terkeluar dari Microsoft Teams 😅

Untuk course Pentadbiran Perniagaan di UKM, minimum credit mesti 21 credits. Jadinya kena cari subject untuk make sure dah cukup credit tersebut. Kalau tak cukup 21 credits, tak dapat graduate. Maximum 23 credits. 

Dalam 21 credits itu, saya daftar 8 subjects. Empat subject citra, empat subject wajib. So far okay and saya minat dengan subject saya, tapi masa agak pack dan kadang-kadang jadual class ada yang clash. Tapi jarang, biasanya kalau clash itu, mesti ada tugasan yang perlu hantar waktu itu juga. 

Senior saya ramai yang kata fizikal class lagi better dari online class. Sebab situasi di rumah and kampus sangat berbeza. Online class lagi penat, nampak katil rasa nak tidur. Tapi tidur tak lena sebab assignment tengah beratur panjang hahaha. Kalau fizikal class, bagi saya memang penat juga, tapi mungkin tak terasa sangat because of ada kawan-kawan, and boleh belajar sama-sama if tak faham.

Cakap tentang "faham", kalau online class ini sangat mencabar, kalau tak faham itu, agak susah nak tanya kawan-kawan sebab semua perlu guna whatsapp instead of tanya depan-depan. Tapi ini semua cabaran. And saya perlu hadapi cabaran ini supaya berjaya nanti! 

Disebabkan covid 19, batch saya tak ada final exam. Final exam akan digantikan dengan test & quiz yang lecturer sediakan. Lebih kurang carry marks. Part ini paling saya sedih sebab pernah beberapa kali, test & quiz biasanya akan dibuat dalam sistem UKM Folio, sistem tengah down, so saya tak dapat proceed questions. Baru jawab soalan keempat, dia automatic submit quiz :') dan akhirnya saya dapat markah rendah. Agak sedih sebab itu carry marks, tapi tak mengapa. Aku mesti boleh. 

Kesimpulannya, ada hikmah disebalik sesuatu. Walaupun situasi dulu dengan sekarang berbeza, masa dengan keluarga pun dah tak banyak, masa untuk diri-sendiri rehat pun tak banyak, tapi saya cuba untuk teruskan. Baru permulaan tak boleh down, nanti akan berpanjangan sampailah ada effect dengan results :')

Doakan saya ya semua :) 

Sunday, 25 October 2020

Rahsia Kebahagiaan : Macam mana nak dapat kebahagiaan dunia akhirat?

Tak tenang? Tak apa, itu normal sebab semua orang mesti akan rasa perasaan tersebut. Kalau ikutkan Kamus Bahasa Melayu, bahagia ini bermaksud tenang, suasana aman dan damai, dan gembira. Semua orang akan berlumba-lumba untuk dapatkan kesenangan dalam hidup masing-masing. Tapi, kalau kita hanya bahagia disebabkan dunia, adakah itu 'bahagia'? Jadi di sini, saya akan kongsikan serba sedikit tentang rahsia kebahagiaan yang kita boleh amalkan dalam dunia serta akhirat. Semoga bermanfaat. 


 ***

Pertama, kita wajib jaga solat lima waktu sehari semalam. Jangan pernah pandang remeh tentang solat. Sebab solat merupakan tiang agama bagi umat Islam. Tanpa tiang, robohlah rumah kita. Sama juga seperti solat. Amalan yang pertama sekali akan dihisab nanti ialah solat. Allah S.W.T berfirman dalam Al Quran iaitu dalam surah Al-Baqarah ayat 238 yang bermaksud : 

Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.

Kedua, jangan ada sifat membenci. Kenapa saya katakan begitu? Sebab, semakin ramai orang kita benci, semakin tak tenang hati kita. Jangan pernah kita membenci orang lain disebabkan satu kesalahan, tapi kita doakan sahaja orang tersebut untuk berubah. Kita juga perlu sentiasa ada sifat yang mudah memaafkan kerana saya jamin kalau kita maafkan orang, kita akan jadi tenang dan bahagia. Rasulullah SAW juga ada mengajarkan kepada kita untuk tetap berbuat baik kepada orang lain walaupun orang tersebut membalasnya dengan kejahatan. Allah S.W.T berfirman dalam Al Quran iaitu dalam surah Al-Hujuraat ayat 10 yang bermaksud :

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

 Ketiga, tunaikan zakat. Semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita diberi. Tak kisah sama ada diberi dari segi rezeki, nikmat, atau sebagainya. Namun, lebih baik kita menjadi seorang Islam yang suka memberi daripada suka menerima. Kalau kita tak mampu dari segi kewangan untuk memberi zakat, kita juga boleh amalkan amalan bersedekah. Bersedekah dari segi tenaga boleh juga. Senyuman juga dikira sedekah 😇

Keempat, terus beristighfar setelah terbuat dosa. Jadi seorang manusia ini sangat normal kalau terlupa atau terbuat silap tentang sesuatu perkara. Sebaik-baik orang yang segera beristighfar selepas buat dosa ialah manusia yang beruntung. 

 ***
Sebenarnya ada banyak lagi yang kita boleh buat untuk dapatkan kebahagiaan dalam dunia dan akhirat. Empat perbuatan di atas merupakan salah satu daripadanya. Apa yang penting ialah kalau kita dah buat perkara-perkara yang baik tapi masih lagi tak tenang, cuba kita amalkan untuk ikhlaskan diri. Ibarat tangan kiri kita tak tahu bahawa tangan kanan buat kebaikan. Terus lupa setelah kebaikan telah dibuat. 

 Semoga bermanfaat! And jangan lupa untuk stay safe pada musim Covid-19 ini.

Friday, 23 October 2020

PENGALAMAN AMBIL STPM / FORM 6 :)

Assalamualaikum dan hai semua! Dah lama rasanya tak update blog ini. 

Jadi, sebelum saya mulakan cerita atau pengalaman jadi seorang pelajar dan alumni STPM, saya akan terangkan dahulu maksud STPM. STPM merupakan peperiksaan prauniversiti, dan disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Macam apa yang kita tahu, STPM ini sangat berbeza dengan SPM. Sebabnya, STPM ada sediakan subject MUET which is subject English peringkat tertiary.

 So, kenapa saya pilih masuk Tingkatan Enam instead of saya masuk Diploma atau Politeknik dan lain-lain?  Saya dapat tawaran UPU, tapi saya tolak sebab saya ingin membuat pilihan yang bijak. Semua keputusan saya buat adalah demi masa depan saya. Pada 2 Mei 2018 ialah hari pertama saya jadi pelajar STPM. Siapa yang dah jadi pelajar STPM sekarang, mesti mereka akan rasa ragu-ragu atau dilema untuk buat keputusan. Sama juga macam saya, disebabkan saya macam itu, saya buat banyak research dan minta pendapat senior-senior serta keluarga saya. At the end, saya buat keputusan untuk sambung pengajian STPM. Saya ambil kursus Ekonomi, Geografi, Bahasa Melayu, Pengajian AM, dan MUET.

Awal Semester 1, saya sangat terkejut dengan cara pembelajaran. Sebab apa? Laju sangat belajar. Baru hari kedua mula class, tiba-tiba dah habis dua bab. Tapi itu bukan masalah, cuma kena pandai biasakan diri dengan situasi. Subject wajib STPM ialah MUET dan Pengajian Am. Pengajian Am ni more to Malaysia, tak details macam Sejarah, tapi lebih kepada politik Malaysia. Cabaran? Jangan cakap, sebab of course banyak sangat cabaran. Dari segi macam-macam. Mental kena kuat. Ramai yang cakap student yang masuk STPM ini ialah pelajar yang tak dapat UPU, orang kata result SPM tak begitu gempak. Jangan down, sebab semua itu tak betul. Sedangkan, kawan baik saya yang dapat keputusan SPM 9A, dia pun sama dengan saya juga sambung STPM. Dan alhamdulillah dia merupakan pelajar nombor satu terbaik STPM dan saya juga pelajar terbaik kedua STPM di sekolah. 

 Situasi dan keadaan belajar itu sama macam sekolah dulu sebab bercampur dengan pelajar sekolah menengah. Yang berbezanya ialah kawan baru dan cara kita belajar. Ada juga kolej khas untuk Tingkatan Enam, tapi jauh. Jadi, saya pergi mana yang dekat sebab niat saya menuntut ilmu dan tak kisah di mana pun. Penat? Yes sangat penat, sebab kita wajib libatkan diri dengan kokurikulum juga. Penting untuk masuk universiti nanti. Overall, untuk semester 1 tak ada kerja kursus yang perlu kita buat, MUET tak ada exam, semester 3 nanti baru exam MUET. Cuma nasihat saya, semester 1 penting sangat dan belajar betul-betul supaya dapat result yang cemerlang.  Dan alhamdulillah, result Semester 1 saya agak memuaskan dan dapat anugerah Pelajar Cemerlang. Pejam celik, dah masuk Semester 2, rasa sekejap sangat sebab tak ada cuti semester.

Masuk Semester 2, dah mula banyak tugasan yang perlu buat. Ada beberapa subject yang perlu buat kerja kursus, dan ada yang semester 3 baru kena buat kerja kursus. Dah print banyak-banyak kerja kursus tapi kena reject? Itu biasa. Cikgu kata sebab nak biasakan diri di alam universiti nanti. Viva pun dah mula ada. Bagi saya, semester 2 paling susah antara semester yang lain. Sebabnya, kita perlu bahagikan masa untuk exam, kokurikulum, kerja kursus dan juga Viva dalam masa beberapa bulan sahaja. Cerita tentang kerja kursus, bagi saya kerja kursus ini walaupun complicated, tapi sebenarnya sangat fun. Sebab kita dapat tahu interact dengan masyarakat luar. Contohnya, kerja kursus Pengajian Am, perlu interview ramai penduduk tempatan. Dan kita perlu fikir apa penambahbaikan yang kita boleh buat di tempat tersebut. Next, kerja kursus Bahasa Melayu, sudah tentu karangan. Setiap karangan kena lebih 650 patah perkataan tak silap saya, ada 10 format karangan perlu ditulis tangan. Jadi di sini, waktu Semester 2 jadual terlalu padat sampaikan tertidur atas meja belajar.  Apapun, sentiasa kena ada mindset yang positif, fikirkan yang anda akan dapat sesuatu yang luar biasa nanti.
Tengah mengukur suhu

 Macam apa yang saya katakan tadi, semester 2 paling busy, jadinya result saya agak menurun sedikit. Down juga, tapi saya yakin saya boleh. Gagal dulu, berjaya kemudian. Banyak kali menangis sebab kurang masa dengan diri-sendiri dan keluarga. Tapi, disebabkan saya ada guru, keluarga, dan kawan-kawan yang sangat supportive dan baik, saya jadi semangat semula. Ibu saya paling selalu ada dengan saya bila saya down.  Pejam celik, dah masuk semester 3. Sekejap kan? Tak ada cuti memang rasa sekejap..

Masuk Semester 3, which is semester terakhir saya.  Saya rasa lebih lega sebab semester 3 ialah semester paling mudah antara yang lain. Tapi kerja kursus ada lagi untuk Bahasa Melayu, Geografi, dan Ekonomi. Bahasa Melayu sambungan kerja kursus dari Semester 2, Ekonomi perlu kira hutang negara tahun semasa dan buat kesimpulan. Dan kerja kursus untuk geografi sangat best sebab ada kerja lapangan. Maksudnya, saya dan kawan-kawan saya yang lain kena pergi tempat berunsurkan flora dan fauna untuk buat kajian suhu antara tempat lapang, kawasan air, dan kawasan hutan. Sangat seronok sebab masa itu saya boleh buat kajian, dalam masa yang sama boleh berkelah dan mandi sungai dengan classmates saya. Orang kata, memori terindah semasa STPM.

Pada akhir Semester 3, dah mula minggu peperiksaan. Kerja kursus juga telah siap sepenuhnya, jadi tinggal untuk belajar subject semester 3 dan subject mengulang sahaja. 

Ibu saya 💖
And now, saya sangat bersyukur dengan pilihan yang saya buat. Saya dah dapat hasil dari penat lelah saya sebelum ini. Saya sangat tak sangka dengan pencapaian saya yang mana saya dapat keputusan CGPA 3.84 dalam STPM. Semua ini rezeki yang Allah bagi, Allah nampak usaha kita. Apapun, nasihat saya, jangan mudah mengalah. Sentiasa dahagakan dengan ilmu, jangan sekali kedekut dengan ilmu, dan jaga hubungan dengan manusia terutamanya ibu bapa dan guru yang mengajar. Sebelum tidur biasakan diri untuk solat taubat dan solat hajat, in sha Allah membantu. Sekarang saya sudah sambung pengajian peringkat Degree di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dengan kursus Pentadbiran Perniagaan. Walaupun tak dapat course yang diminta, tapi alhamdulillah bersyukur sangat sebab masih ada peluang untuk menuntut ilmu. Nanti ada masa, saya akan kongsi cerita masuk UKM pula. Doakan saya berjaya ya.

Semoga bermanfaat! Yang buruk datang dari saya, yang baik datang dari Allah sendiri. Semoga anda yang membaca, anda dipermudahkan segala urusan harian dan kaya dunia akhirat. Amiin ya Mujib  💖