Tak tenang? Tak apa, itu normal sebab semua orang mesti akan rasa perasaan tersebut. Kalau ikutkan Kamus Bahasa Melayu, bahagia ini bermaksud tenang, suasana aman dan damai, dan gembira. Semua orang akan berlumba-lumba untuk dapatkan kesenangan dalam hidup masing-masing. Tapi, kalau kita hanya bahagia disebabkan dunia, adakah itu 'bahagia'? Jadi di sini, saya akan kongsikan serba sedikit tentang rahsia kebahagiaan yang kita boleh amalkan dalam dunia serta akhirat. Semoga bermanfaat.
***
Pertama, kita wajib jaga solat lima waktu sehari semalam. Jangan pernah pandang remeh tentang solat. Sebab solat merupakan tiang agama bagi umat Islam. Tanpa tiang, robohlah rumah kita. Sama juga seperti solat. Amalan yang pertama sekali akan dihisab nanti ialah solat. Allah S.W.T berfirman dalam Al Quran iaitu dalam surah Al-Baqarah ayat 238 yang bermaksud :
Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.
Kedua, jangan ada sifat membenci. Kenapa saya katakan begitu? Sebab, semakin ramai orang kita benci, semakin tak tenang hati kita. Jangan pernah kita membenci orang lain disebabkan satu kesalahan, tapi kita doakan sahaja orang tersebut untuk berubah. Kita juga perlu sentiasa ada sifat yang mudah memaafkan kerana saya jamin kalau kita maafkan orang, kita akan jadi tenang dan bahagia. Rasulullah SAW juga ada mengajarkan kepada kita untuk tetap berbuat baik kepada orang lain walaupun orang tersebut membalasnya dengan kejahatan. Allah S.W.T berfirman dalam Al Quran iaitu dalam surah Al-Hujuraat ayat 10 yang bermaksud :
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
Ketiga, tunaikan zakat. Semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita diberi. Tak kisah sama ada diberi dari segi rezeki, nikmat, atau sebagainya. Namun, lebih baik kita menjadi seorang Islam yang suka memberi daripada suka menerima. Kalau kita tak mampu dari segi kewangan untuk memberi zakat, kita juga boleh amalkan amalan bersedekah. Bersedekah dari segi tenaga boleh juga. Senyuman juga dikira sedekah 😇
Keempat, terus beristighfar setelah terbuat dosa. Jadi seorang manusia ini sangat normal kalau terlupa atau terbuat silap tentang sesuatu perkara. Sebaik-baik orang yang segera beristighfar selepas buat dosa ialah manusia yang beruntung.
***
Sebenarnya ada banyak lagi yang kita boleh buat untuk dapatkan kebahagiaan dalam dunia dan akhirat. Empat perbuatan di atas merupakan salah satu daripadanya. Apa yang penting ialah kalau kita dah buat perkara-perkara yang baik tapi masih lagi tak tenang, cuba kita amalkan untuk ikhlaskan diri. Ibarat tangan kiri kita tak tahu bahawa tangan kanan buat kebaikan. Terus lupa setelah kebaikan telah dibuat.
Semoga bermanfaat! And jangan lupa untuk stay safe pada musim Covid-19 ini.
No comments:
Post a Comment