Sunday, 25 October 2020

Rahsia Kebahagiaan : Macam mana nak dapat kebahagiaan dunia akhirat?

Tak tenang? Tak apa, itu normal sebab semua orang mesti akan rasa perasaan tersebut. Kalau ikutkan Kamus Bahasa Melayu, bahagia ini bermaksud tenang, suasana aman dan damai, dan gembira. Semua orang akan berlumba-lumba untuk dapatkan kesenangan dalam hidup masing-masing. Tapi, kalau kita hanya bahagia disebabkan dunia, adakah itu 'bahagia'? Jadi di sini, saya akan kongsikan serba sedikit tentang rahsia kebahagiaan yang kita boleh amalkan dalam dunia serta akhirat. Semoga bermanfaat. 


 ***

Pertama, kita wajib jaga solat lima waktu sehari semalam. Jangan pernah pandang remeh tentang solat. Sebab solat merupakan tiang agama bagi umat Islam. Tanpa tiang, robohlah rumah kita. Sama juga seperti solat. Amalan yang pertama sekali akan dihisab nanti ialah solat. Allah S.W.T berfirman dalam Al Quran iaitu dalam surah Al-Baqarah ayat 238 yang bermaksud : 

Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.

Kedua, jangan ada sifat membenci. Kenapa saya katakan begitu? Sebab, semakin ramai orang kita benci, semakin tak tenang hati kita. Jangan pernah kita membenci orang lain disebabkan satu kesalahan, tapi kita doakan sahaja orang tersebut untuk berubah. Kita juga perlu sentiasa ada sifat yang mudah memaafkan kerana saya jamin kalau kita maafkan orang, kita akan jadi tenang dan bahagia. Rasulullah SAW juga ada mengajarkan kepada kita untuk tetap berbuat baik kepada orang lain walaupun orang tersebut membalasnya dengan kejahatan. Allah S.W.T berfirman dalam Al Quran iaitu dalam surah Al-Hujuraat ayat 10 yang bermaksud :

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

 Ketiga, tunaikan zakat. Semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita diberi. Tak kisah sama ada diberi dari segi rezeki, nikmat, atau sebagainya. Namun, lebih baik kita menjadi seorang Islam yang suka memberi daripada suka menerima. Kalau kita tak mampu dari segi kewangan untuk memberi zakat, kita juga boleh amalkan amalan bersedekah. Bersedekah dari segi tenaga boleh juga. Senyuman juga dikira sedekah 😇

Keempat, terus beristighfar setelah terbuat dosa. Jadi seorang manusia ini sangat normal kalau terlupa atau terbuat silap tentang sesuatu perkara. Sebaik-baik orang yang segera beristighfar selepas buat dosa ialah manusia yang beruntung. 

 ***
Sebenarnya ada banyak lagi yang kita boleh buat untuk dapatkan kebahagiaan dalam dunia dan akhirat. Empat perbuatan di atas merupakan salah satu daripadanya. Apa yang penting ialah kalau kita dah buat perkara-perkara yang baik tapi masih lagi tak tenang, cuba kita amalkan untuk ikhlaskan diri. Ibarat tangan kiri kita tak tahu bahawa tangan kanan buat kebaikan. Terus lupa setelah kebaikan telah dibuat. 

 Semoga bermanfaat! And jangan lupa untuk stay safe pada musim Covid-19 ini.

Friday, 23 October 2020

PENGALAMAN AMBIL STPM / FORM 6 :)

Assalamualaikum dan hai semua! Dah lama rasanya tak update blog ini. 

Jadi, sebelum saya mulakan cerita atau pengalaman jadi seorang pelajar dan alumni STPM, saya akan terangkan dahulu maksud STPM. STPM merupakan peperiksaan prauniversiti, dan disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Macam apa yang kita tahu, STPM ini sangat berbeza dengan SPM. Sebabnya, STPM ada sediakan subject MUET which is subject English peringkat tertiary.

 So, kenapa saya pilih masuk Tingkatan Enam instead of saya masuk Diploma atau Politeknik dan lain-lain?  Saya dapat tawaran UPU, tapi saya tolak sebab saya ingin membuat pilihan yang bijak. Semua keputusan saya buat adalah demi masa depan saya. Pada 2 Mei 2018 ialah hari pertama saya jadi pelajar STPM. Siapa yang dah jadi pelajar STPM sekarang, mesti mereka akan rasa ragu-ragu atau dilema untuk buat keputusan. Sama juga macam saya, disebabkan saya macam itu, saya buat banyak research dan minta pendapat senior-senior serta keluarga saya. At the end, saya buat keputusan untuk sambung pengajian STPM. Saya ambil kursus Ekonomi, Geografi, Bahasa Melayu, Pengajian AM, dan MUET.

Awal Semester 1, saya sangat terkejut dengan cara pembelajaran. Sebab apa? Laju sangat belajar. Baru hari kedua mula class, tiba-tiba dah habis dua bab. Tapi itu bukan masalah, cuma kena pandai biasakan diri dengan situasi. Subject wajib STPM ialah MUET dan Pengajian Am. Pengajian Am ni more to Malaysia, tak details macam Sejarah, tapi lebih kepada politik Malaysia. Cabaran? Jangan cakap, sebab of course banyak sangat cabaran. Dari segi macam-macam. Mental kena kuat. Ramai yang cakap student yang masuk STPM ini ialah pelajar yang tak dapat UPU, orang kata result SPM tak begitu gempak. Jangan down, sebab semua itu tak betul. Sedangkan, kawan baik saya yang dapat keputusan SPM 9A, dia pun sama dengan saya juga sambung STPM. Dan alhamdulillah dia merupakan pelajar nombor satu terbaik STPM dan saya juga pelajar terbaik kedua STPM di sekolah. 

 Situasi dan keadaan belajar itu sama macam sekolah dulu sebab bercampur dengan pelajar sekolah menengah. Yang berbezanya ialah kawan baru dan cara kita belajar. Ada juga kolej khas untuk Tingkatan Enam, tapi jauh. Jadi, saya pergi mana yang dekat sebab niat saya menuntut ilmu dan tak kisah di mana pun. Penat? Yes sangat penat, sebab kita wajib libatkan diri dengan kokurikulum juga. Penting untuk masuk universiti nanti. Overall, untuk semester 1 tak ada kerja kursus yang perlu kita buat, MUET tak ada exam, semester 3 nanti baru exam MUET. Cuma nasihat saya, semester 1 penting sangat dan belajar betul-betul supaya dapat result yang cemerlang.  Dan alhamdulillah, result Semester 1 saya agak memuaskan dan dapat anugerah Pelajar Cemerlang. Pejam celik, dah masuk Semester 2, rasa sekejap sangat sebab tak ada cuti semester.

Masuk Semester 2, dah mula banyak tugasan yang perlu buat. Ada beberapa subject yang perlu buat kerja kursus, dan ada yang semester 3 baru kena buat kerja kursus. Dah print banyak-banyak kerja kursus tapi kena reject? Itu biasa. Cikgu kata sebab nak biasakan diri di alam universiti nanti. Viva pun dah mula ada. Bagi saya, semester 2 paling susah antara semester yang lain. Sebabnya, kita perlu bahagikan masa untuk exam, kokurikulum, kerja kursus dan juga Viva dalam masa beberapa bulan sahaja. Cerita tentang kerja kursus, bagi saya kerja kursus ini walaupun complicated, tapi sebenarnya sangat fun. Sebab kita dapat tahu interact dengan masyarakat luar. Contohnya, kerja kursus Pengajian Am, perlu interview ramai penduduk tempatan. Dan kita perlu fikir apa penambahbaikan yang kita boleh buat di tempat tersebut. Next, kerja kursus Bahasa Melayu, sudah tentu karangan. Setiap karangan kena lebih 650 patah perkataan tak silap saya, ada 10 format karangan perlu ditulis tangan. Jadi di sini, waktu Semester 2 jadual terlalu padat sampaikan tertidur atas meja belajar.  Apapun, sentiasa kena ada mindset yang positif, fikirkan yang anda akan dapat sesuatu yang luar biasa nanti.
Tengah mengukur suhu

 Macam apa yang saya katakan tadi, semester 2 paling busy, jadinya result saya agak menurun sedikit. Down juga, tapi saya yakin saya boleh. Gagal dulu, berjaya kemudian. Banyak kali menangis sebab kurang masa dengan diri-sendiri dan keluarga. Tapi, disebabkan saya ada guru, keluarga, dan kawan-kawan yang sangat supportive dan baik, saya jadi semangat semula. Ibu saya paling selalu ada dengan saya bila saya down.  Pejam celik, dah masuk semester 3. Sekejap kan? Tak ada cuti memang rasa sekejap..

Masuk Semester 3, which is semester terakhir saya.  Saya rasa lebih lega sebab semester 3 ialah semester paling mudah antara yang lain. Tapi kerja kursus ada lagi untuk Bahasa Melayu, Geografi, dan Ekonomi. Bahasa Melayu sambungan kerja kursus dari Semester 2, Ekonomi perlu kira hutang negara tahun semasa dan buat kesimpulan. Dan kerja kursus untuk geografi sangat best sebab ada kerja lapangan. Maksudnya, saya dan kawan-kawan saya yang lain kena pergi tempat berunsurkan flora dan fauna untuk buat kajian suhu antara tempat lapang, kawasan air, dan kawasan hutan. Sangat seronok sebab masa itu saya boleh buat kajian, dalam masa yang sama boleh berkelah dan mandi sungai dengan classmates saya. Orang kata, memori terindah semasa STPM.

Pada akhir Semester 3, dah mula minggu peperiksaan. Kerja kursus juga telah siap sepenuhnya, jadi tinggal untuk belajar subject semester 3 dan subject mengulang sahaja. 

Ibu saya 💖
And now, saya sangat bersyukur dengan pilihan yang saya buat. Saya dah dapat hasil dari penat lelah saya sebelum ini. Saya sangat tak sangka dengan pencapaian saya yang mana saya dapat keputusan CGPA 3.84 dalam STPM. Semua ini rezeki yang Allah bagi, Allah nampak usaha kita. Apapun, nasihat saya, jangan mudah mengalah. Sentiasa dahagakan dengan ilmu, jangan sekali kedekut dengan ilmu, dan jaga hubungan dengan manusia terutamanya ibu bapa dan guru yang mengajar. Sebelum tidur biasakan diri untuk solat taubat dan solat hajat, in sha Allah membantu. Sekarang saya sudah sambung pengajian peringkat Degree di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dengan kursus Pentadbiran Perniagaan. Walaupun tak dapat course yang diminta, tapi alhamdulillah bersyukur sangat sebab masih ada peluang untuk menuntut ilmu. Nanti ada masa, saya akan kongsi cerita masuk UKM pula. Doakan saya berjaya ya.

Semoga bermanfaat! Yang buruk datang dari saya, yang baik datang dari Allah sendiri. Semoga anda yang membaca, anda dipermudahkan segala urusan harian dan kaya dunia akhirat. Amiin ya Mujib  💖