PN WIZANA BT MOKTIE
Bismillah...
Salam semua.. Aku tak tahu nak berbicara macam mana lagi. Aku rasa ini semua mimpi. Allah, minggu lepas, minggu terakhir musim persekolahan. Dan aku baru aje jumpa Puan Wizana. Allah lebih sayangkan beliau. Sungguh, aku tak kuat bila dengar berita ini. Aku jadi terlalu sebak ini oleh kerana arwah terlalu banyak jasa dengan aku. Arwah lah yang paling semangat sekali bila aku nak jawab soalan Math PT3 tempoh hari. Sesungguhnya, mati itu pasti. Allah dah janji. Cuma kita yang tak tahu bila ajal kita akan sampai.
Allah.
 |
DALAM AKHBAR |
Pada tahun lepas (2014), rakan sekelas tertanya-tanya siapa lah yg akan jadi guru subjek Pendidikan Jasmani ni. Pada mulanya, bila kami tahu Puan Wizana lah yang jadi guru subject tu, semua kata, "ala kenapa cikgu wizana? aku takut. dia kan garang.." haha. Tapi rupanya disebaliknya. Arwah seorang yang baik hati, dia cuma keluarkan singa nya untuk anak murid yang perangai tak berupa seperti manusia je. Arwah juga tak pernah kedekut untuk senyum. Tak kisah dia kenal ke tak, pasti akan senyum. Allah. Setelah beberapa bulan kami dah kenal sikap nya, kami jadi rapat dan makin rapat. Bila dalam kelas, homework yang dia bagi, kita tak sentuh, didenda lari 10x padang sekolah yang luas tu, non stop. Ya aku pernah kena. Tp itu adalah cara dia mengajar untuk menjadi insan yang berguna utk masa depan.
Dalam kelas, bila Pn Wi tak tahu nak ajar apa, dia selalu beri nasihat yang power untuk kami. Bagi tips belajar dgn mudah, tips jaga kulit muka pun ada hahaha.
Bila masuk tahun 2015, iaitu tahun batch 2000, kami akan menghadapi PT3. PT3 yg akan bermula pada 12 Oct. Sebelum exam, semua guru2 ting 3 bersungguh sungguh sbb terlalu risau dengan kami semua satu batch. Seperti biasa, sekolah aku kalau nak ubah suasana belajar, pasti akan pergi Riyadh Restu, Kuang. Tempat tu nyaman and dapat udara yang fresh. Sekeliling penuh dengan pokok2. Kuda pun ada. Jadi, suasana pun jadi lain lah bila belajar. Ilmu mudah nk masuk otak sbb penuh dengan alam semula jadi yang Allah dah cipta.
 |
SADNESS |
Masa kat sana, kami belajar math. Aku kalau tak faham, aku akan tanya Puan Wizana tula. Dia akan terangkan kat aku, satu2 tentang apa yg aku tak faham tu. Sampailah aku faham.
Aku sebagai seorang pengawas sekolah, diberi tugas, setiap pagi aku and beberapa orang lagi pengawas yang lain kena jaga pagar utama sekolah. Mmg setiap pagi aku akan nampak Pn Wizana dgn anaknya datang sekolah. Tak pernah tak senyum. Aku kena kira jumlah pelajar lewat, setiap kali dia bertugas, dia akan datang kat aku and minta jumlah. Sambil tu, dia tanya, "camana belajar? okay tak?". Selalu caring. Then, before trial i asked her, "cikgu, math nanti susah ke senang?". And she answered, "senang je. awak boleh buat punya, nik. tp kena peka terhadap soalan yg dia bagi tu."
Ajal cikgu dah sampai. Saya akan rindu kata2 semangat yg cikgu dah bagi pada saya.
Ya Allah. Banyak sangat jasa arwah cikgu.
Tapi Allah lebih sayangkan cikgu. Cikgu masih muda. Cikgu dah berjumpa Ilahi.
Allah sayang cikgu.
Skuses sayang cikgu.
Saya sayang cikgu.
Semua orang sayang cikgu.
Sebab apa? Sebab cikgu terlalu banyak jasa terhadap kami semua.
Guru kesayangan, Pn Wizana Bt Moktie telah kembali ke rahmatullah pada 26 Nov 2015 (Khamis), pada 1.05 AM akibat kemalangan jalan raya di Senawang.
Semoga roh cikgu tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.
Amin.
insan yang hina, niknurezaila.
No comments:
Post a Comment