Thursday, 26 November 2015

PN WIZANA BT MOKTIE

Bismillah...



Salam semua.. Aku tak tahu nak berbicara macam mana lagi. Aku rasa ini semua mimpi. Allah, minggu lepas, minggu terakhir musim persekolahan. Dan aku baru aje jumpa Puan Wizana. Allah lebih sayangkan beliau. Sungguh, aku tak kuat bila dengar berita ini. Aku jadi terlalu sebak ini oleh kerana arwah terlalu banyak jasa dengan aku. Arwah lah yang paling semangat sekali bila aku nak jawab soalan Math PT3 tempoh hari. Sesungguhnya, mati itu pasti. Allah dah janji. Cuma kita yang tak tahu bila ajal kita akan sampai.
Allah.

DALAM AKHBAR
Pada tahun lepas (2014), rakan sekelas tertanya-tanya siapa lah yg akan jadi guru subjek Pendidikan Jasmani ni. Pada mulanya, bila kami tahu Puan Wizana lah yang jadi guru subject tu, semua kata, "ala kenapa cikgu wizana? aku takut. dia kan garang.." haha. Tapi rupanya disebaliknya. Arwah seorang yang baik hati, dia cuma keluarkan singa nya untuk anak murid yang perangai tak berupa seperti manusia je. Arwah juga tak pernah kedekut untuk senyum. Tak kisah dia kenal ke tak, pasti akan senyum. Allah. Setelah beberapa bulan kami dah kenal sikap nya, kami jadi rapat dan makin rapat. Bila dalam kelas, homework yang dia bagi, kita tak sentuh, didenda lari 10x padang sekolah yang luas tu, non stop. Ya aku pernah kena. Tp itu adalah cara dia mengajar untuk menjadi insan yang berguna utk masa depan.

 
Dalam kelas, bila Pn Wi tak tahu nak ajar apa, dia selalu beri nasihat yang power untuk kami. Bagi tips belajar dgn mudah, tips jaga kulit muka pun ada hahaha. 

Bila masuk tahun 2015, iaitu tahun batch 2000, kami akan menghadapi PT3. PT3 yg akan bermula pada 12 Oct. Sebelum exam, semua guru2 ting 3 bersungguh sungguh sbb terlalu risau dengan kami semua satu batch. Seperti biasa, sekolah aku kalau nak ubah suasana belajar, pasti akan pergi Riyadh Restu, Kuang. Tempat tu nyaman and dapat udara yang fresh. Sekeliling penuh dengan pokok2. Kuda pun ada. Jadi, suasana pun jadi lain lah bila belajar. Ilmu mudah nk masuk otak sbb penuh dengan alam semula jadi yang Allah dah cipta.
SADNESS

Masa kat sana, kami belajar math. Aku kalau tak faham, aku akan tanya Puan Wizana tula. Dia akan terangkan kat aku, satu2 tentang apa yg aku tak faham tu. Sampailah aku faham. 

Aku sebagai seorang pengawas sekolah, diberi tugas, setiap pagi aku and beberapa orang lagi pengawas yang lain kena jaga pagar utama sekolah. Mmg setiap pagi aku akan nampak Pn Wizana dgn anaknya datang sekolah. Tak pernah tak senyum. Aku kena kira jumlah pelajar lewat, setiap kali dia bertugas, dia akan datang kat aku and minta jumlah. Sambil tu, dia  tanya, "camana belajar? okay tak?". Selalu caring. Then, before trial i asked her, "cikgu, math nanti susah ke senang?". And she answered, "senang je. awak boleh buat punya, nik. tp kena peka terhadap soalan yg dia bagi tu.

Ajal cikgu dah sampai. Saya akan rindu kata2 semangat yg cikgu dah bagi pada saya.

Ya Allah. Banyak sangat jasa arwah cikgu.
Tapi Allah lebih sayangkan cikgu. Cikgu masih muda. Cikgu dah berjumpa Ilahi. 
Allah sayang cikgu.
Skuses sayang cikgu.
Saya sayang cikgu.
Semua orang sayang cikgu.

Sebab apa? Sebab cikgu terlalu banyak jasa terhadap kami semua. 

Guru kesayangan, Pn Wizana Bt Moktie telah kembali ke rahmatullah pada 26 Nov 2015 (Khamis), pada 1.05 AM akibat kemalangan jalan raya di Senawang. 

Semoga roh cikgu tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.
Amin.

insan yang hina, niknurezaila.



3K5 IN MEMORY...

Bismillah..

Hi, assalam gais! I'm back! My purpose i am writing this compose issss...... I wanna tell you guys about my class. This year (2015) is our last class we're together. It was created a wonderful memories. Im going sad bcs dah tiga tahun kami sama2 :(

Okay aku cerita from A to Z. Dari form 1 sampai lah sekarang. hihi ^
  
****

FORM 1 (1K5)
cute la penolong kelas dia haha
 ****

Okay camni, kita cerita ringkas2 je. Time first day sekolah, kami budak yang baru belajar ni, masuk sekolah. Mcm biasalah, bila masuk kelas tu, cop cop tempat, cop kawan, haha. Guru kelas kitorang senanya Pn Nora Katini. Tapi cikgu lain yg ambil alih dulu, sbb Pn Nora cuti bersalin. Tahun ni dua orang cikgu yang ambil alih jadi guru kelas kami. Cikgu yang pertama, nama dia En Nazar. Dia jadi guru kelas kitorang sekejep je, lebih kurang 2, 3 minggu camtu je sbb dia kena pindah sekolah lain rasanya. Okay huraian untuk En Nazar ni, dia ni seorang guru yang slamber. Dia jenis tak kisah. Dia nak buat apa, dia buat je. Haha.

Cikgu yang kedua ni, cikggu practical. Perempuan. Sangat baik hati, ayu, sopan santun, sporting, cantik and the most important is dia ni faham kitorang. Srs lah aku cakap, cikgu ni muda sangat tp dah kahwin. Dah ada anak dah pun. Nama dia Pn Arifah. Kami gembira la, sbb dia ambil alih kelas kami buat sementara. Happening kelas tu. Oh ya! Pn Arifah ni seorang yang creative jugak la. Hihi, Pn Arifah ni juga, dia jadi guru kelas kitorang selama 2, 3 bulan macamtu. Banyak sangat kenangan yg dicipta dengan dia. 

Allah.
Kami sayang cikgu.

Masa ni, Sheera Hakim nama diberi dah dilantik jadi ketua kelas untuk kelas 1K5 tahun ni. Aku pula, dilantik sbg penolong. Hihi ^ Sheera mmg banyak sangat bg kerjasama dalam kelas. Dia bertanggungjawab sangat. Kerja semua kena perfect. Kalau kerja semua kena perfect, mestilah dia ni jenis orang yang perfect. Hahahahahahahahaha masa ni kami semua satu kelas takdelah rapat mana. No, i mean tak yg macam sekarang ni la. Yela, sbb still tak kenal lagi masing2. Budak baru yang baru pindah masa ni, Amirul Faiz, Farisyah Irdina, Rugenthiran, Hagikumar and siapa ye lagi sorang. Tak ingat. But he is indian too. 

WITH PUAN ARIFAH
 Masa ni, Amirul Faiz ni mmg senyap orangnya. HAHA dia selalu sorang2. Aku pun suruh kawan aku yang sorang ni, nama dia Mutalib, pergi berkawan dgn dia. Haha.

Okay, pada bulan Feb 2013, sekolah adakan gotong royong untuk setiap kelas. Pn Arifah kan orangnya creative. So banyak lah benda yg orang lain tak pernah tgk yang dia buat. Ini dikira kelas 1K5 tahun ini, paling smart la. Pastu bila kami ronda2 kelas tingkatan 1 tahun tu, semua pakat2 duk tiru idea Pn Arifah. Aiyoo... Ada gambar. Tp masatu aku tak dapat join sbb ayah aku sakit masa tu. 

Hm bila tiba masanya Pn Arifah kena sambung belajar, so dia kena tinggal kitorang lah kan. Semua cam badmood. Kahkah yela cikgu kesayangan yg pertama kot masatu. At the same time, Pn Nora Kartini dah habis cuti bersalin dah. Hm masa tu mmg semua bawa phone la, sbb nak selfie ngan Pn Arifah tu. Huhu, last2 tak dapat gak nak selfie hahah. Memang sedih la time tu. Okay tutup pasal Pn Arifah. 

PN NORA
Ni pasal Pn Nora pulak. Dia ni guru kelas kandung kitorang hahahahhaha orangnya kecik je, comel, sopan and baik. Bila dia baru masuk kelas tu, semua cam senyap je hahahahaha tak kenal lagi. Pastu dia kenalkan diri dia. Kebetulan masa dia baru masuk tu, dah nak raya. So, kami cam dah kenal2 apa semua, jadi rapat lah. Tak banyak gambar raya hm itu jelah kot. 

Bila raya dah menjelma, ala sekolah kan? Mesti ada jamuan raya? Tapi lambat. Hahah, senanya idea aku nak pergi raya rumah kawan2. Aku ingat lagi tarikh dia, Sabtu, 18.8.2013. Kenapa aku ingat? Sbb tu tarikh ayah aku sakit tenat. Esok malam (Ahad) ayah aku meninggal huhuhu. Masa nak pergi beraya tu, aku dah siap dah pakai baju dah pun nak pergi beraya. Last2 mak aku tak bagi pergi. Mmg sedih la, pastu diorang share gambar diorang lak. Haih. Tp yg lagi sedih, ayah aku tula. Huhuhuhuhuhu semoga Allah tempat kan arwah ditempat orang beriman. Al fatihah ye?

Waktu ini, waktu kelas 1K5 naik. Kelas yang paling bagus and pandai sekali antara kelas2 yang lain.  Fuh, cikgu2 masuk semua puji. Lagi2 puji aku HAHAHAHAHAHA well nik kan :') 
jk jk

Okay next.....

 ****

FORM 2 (2K5)
GAMBAR NI AKU TAKDE HUHU




 ****

PN MASDUHA DAN ANAK
Eh dah besar dah kita ya? (Mmg la membesar, takkan mengecik pulak ^) tak kelakar lah nik. Pls. Sebenarnya aku jealouse tgk gambar ni je. Time ni aku takde. Masa ni kat Pahang. Huhu
Okay, tahun ni guru kelas kitorang nama dia Pn Masduha Binti Ajis. Srsly, dia comel. Dahla baik. Dia ni memang sangat faham perasaan anak2 murid dia. Ada sikap keibuan dia. HEHE
Pn Masduha ajar kami BM. Fuh teror. Badan je kecil tp suara lantang. Even banyak kali disakat dgn Hazeeq. HAHAHAHAHAHAHAHAHA nasib je cikgu pun okay ngan kitorang hihi muah :* Setiap kali ada program mentor mentee, Pn Masduha ni akan jadi mentor untuk pelajar perempuan je. Srs banyak sangat ilmu yg dikongsi, dicerita pengalaman dia waktu persekolahan dulu.. Mmg boleh dijadikan contoh.


SYIDA CAT KELAS
Tapi mentor untuk pelajar lelaki, rasanya En Ahmad C kot. Am i right? Untuk minggu kedua camtu kot sekolah, tetiba ada budak baru ni datang. Nampak lawa nampak lawa rupanya pakai NV. Kahkah gurau gurau. Nama dia Nurul Antasha. Nampak senyap. Tapi bila dah kenal2 semua, rupanya rancak orang nya. HAHAHA
HILMI AND ZA"IM

Okay guys, untuk tahun kedua kami sekelas, mestilah semua dah rapat. Tak kisah nak kawan dgn sesiapa pun, yela, sbb dah rapat kan? Haha, then macam biasalah, lantik ketua, penolong semua. Masa ni, ketua kitorang tukar2 hahahaha mula2 Za'im rasanya, lepastu Afiq. Mula2, Za'im ni bagi kami semua, dia tak bertugas macam ketua. Bila yg lain buat bising, dia pun ikut sekali. Pastu tukar Afiq. Rupanya sama jugak! HAHA Penolong pulak, Syida. Kakak sulung dalam kelas. And orang panggil dia singa ngehngeh maaf ye korang, nak flashback je ni hehe. Haha, kelas kami ni mmg ngam la ngan 2K6. Sampai sekarang, sbb waktu PJ, kami sama2. 
BUNGA2 (xsemua)
Combine kan kelas. 
Tahun 2014 ni, bermulalah aku (nik nur ezaila), Suraya, Azimah, Shugashini and Adibah dilantik untuk pegang amanah sbg Pengawas Sekolah. Fuh terasa dihormati dan bangga sikit disitu. Cehh hahahahahhahahaha

Pendekkan cerita, masa ni mmg banyak lah kitorang luangkan masa sama2. Sambut birthday, cat kelas and lain2. Masa ni, kitorang ada sorang cikgu BI ni, fuh she is funny, sporting, baik plus garang. HAHA tp garang dia, garang yg manja hehehe. Nama dia Cik Mazidah. We called her Miss Gee. Idk why we should called her "Miss Gee". Terlalu banyak lah kenangan kita :')
AKU DAN SHEERA
Setiap kali waktu agama, Pn Fildza ajar kitorang semua. Aku, Hazeeq and Suraya sukarela kena buat powerpoint. Every weeks, kena powerpoint tajuk lain2. Aku bagikan tugas untuk buat powerpoint, Hazeeq buat video, Suraya pula bercakap kat depan. Kena terangkan satu2 lah. Srsly, we had so much fun on that time! Rinduu.

Sampai lah masa raya, kitorang ada buat video sikit. Untuk kenangan la kan :') Tu pun aku yang paksa hahahahahha sorry video tu takleh share haha. Tp, memang kelakar lah.
Allahu.
Rindunya.
CAKE RAYA 2K5
Sebelum terlupa, sebelum raya, sahabat kami semua, Paveendren A/P Ramesh ada mengidap penyakit ni. Mengambil masa 2, 3 bulan juga tak datang sekolah. Seperti yg aku kata, Pn Masduha ni orangnya yg ada sikap keibuan ni, nak pergi melawat. Aku dan beberapa kawan yg lain, ambil kesempatan untuk join melawat sekali. Hihihi, yang aku ingat masatu ada aku, syida, sheera, sakirah, azimah, shuga and khalil. Ke ada lagi eh? Lupa. Sorry my bad. Shuga ni sepupu Paveen, so dia lah yang tunjuk jalan rumah. Tp mmg gembira lah sbb dapat jumpa sahabat kitorang yg lama gila tak jumpa!
TIME BERAYA
Bila hari terakhir persekolahan untuk form 2, kitorang tak tahu lah nak buat apa. Sbb tak belajar. Duduk dalam kelas je, tak buat apa2. Ada yg tidur, yang aku ingat, Tan tidur. HAHAHAHAHA maaf shera, maaf. HAHAHA okay pastu ada yg bawa phone. Aku pun apa lagi? Ambil kesempatan selfie lah haa. 
Tahun depan nak PT3 dah, so semua rasa diri ni dah besar and berazam untuk belajar sungguh2 supaya bagi result gempuckkkks. Haa, last2 begitu begini je study. Teruk betul haha

 ****

FORM 3 (3K5) OUR LAST CLASS

K AKU TAKDE LAGI -,-
 ****

BEFORE PT3
Alright, disini bermulalah titik permulaan kita semua untuk masa depan kita. Our PT3, our results, our struggle will show the real of us. Tahun 2015 ialah tahun yang paling gembira dan dicampur dgn duka. Semua dah semakin besar dan matang. Boleh membezakan mana baik dan mana yang buruk. Masing2 ada azam masing2. Tahun lepas, Pn Masduha guru kelas kita. Tahun ni? Hm. Dengan terkezutnya semua orang, Pn Masduha jadi guru kelas kami for the second time! Yahuu. Hm maaf ye, aku takde dalam gambar atas ni sbb muka aku terlalu comel sampai malu nak masuk ha ha ha hmm


HAZEEQ AND  ZA'IM
S3NH4lyfe
Alhamdullillah rezeki kita lagi, berpeluang untuk cat kelas sekali lagi. This year, our theme is "kindergarten and colourful". So, warna mesti kasi ceria and kemas. Bila tgk rasa tenang je hehehe okay baiklah, lest continue your reading okay. Maaf panjang sangat blog kali ni. Yela sbb cerita dari form 1 kan hahahaha. Without wasted my time, im gonna tell you that I'm already miss us. Tahun ni, secara tak langsung, Za'im telah kembali menyesuaikan diri untuk jadi ketua kelas. Pelik gak la, tahun ni dia bagus gila. Semua kerja dia buat perfect. Well, puberty hits him maybe HAHAHAHA okay penolong kita kali ni sama jugak, Syida.


AMIRUL WITH HIS CAT HAHA
Memang sesuai la.

Then ada budak baru ni pindah masuk kelas kitorang. Bila aku tgk dia, mcm pendiam. Lawa gila, yang penting jendul HAHAHAHAH, baik je, kurus selim melim lak tu hahahaha tp Afiq and the gang panggil dia papan. Ya Allah jahatnya hahahahahahaha okay nama dia Noor Shuraiya. Dia ni mula2 takdelah rapat mana ngan aku. Tapi tak tahu kenapa secara tiba2, Allah rapatkan aku dgn dia sampaikan rapat yang gila2! HAHA dia tahu perangai aku camana, aku tahu perangai dia camana. Rupanya kan....kan... kan.... dia ni tak pendiam pun. HAHAHA bising, suka bahan lak tu hm termasuklah aku hahahahahhahhahaha


UMAIRAH &  I
Haha, tahun ni maaflah tak byk sgt gambar yg tangkap. Bcs everybody were busy with their studies (lah sangat). Tapi time last day sekolah, baru banyak gambar dapat tangkap. Sbb ada jamuan. Hihihihihihi okay yuk kita cerita. Tahun ni kitorang perlu banyak duit untuk kegunaan kelas. So mestilah kena kutip duit kelas en. Habis duit aku hahaaha okay ni dah lari tajuk. Tahun ni dengan tiba2 nya, wujudnya tiga kumpulan sahabat yang bernama SAHABAT, FRIEND FOREVER (FF) and S3NH. Fuh aku rasa Allah nak bagi persahabatan kita ni kekal lah huhuhu. Amin insyaallah.


WITH PUAN NORAINI
Tahun ni majoriti dalam kelas kita yang markah exam meningkat. Alhamdullillah. Berkat usaha2 kita yg sebelum ni. Ataupun korang banyak berdoa kot.
Kan Allah SWT dah janji,
"Allah akan makbulkan semua doa yang hamba2Nya minta, tapi ISTIQAMAH tu kena sentiasa ada tersemat dalam hati."

Tapi Allah takkan makbulkan doa2 yang meminta keburukan orang lain.
 Ini janji Allah. Allah takkan mungkiri.
WE TOOK A PIC ON LAST DAY SCH // JAMUAN

Anyway, tahun ni adalah tahun yg paling busy that we ever had. Kena standby banyak file. Bcs every subjects, tc will give a set of exercise paper. Kalau hilang, mmg fening lah nak cari sana sini. Hahaha, okay guys, aku pun senanya dah tak tahu nak cakap apa dah. Tapi mmg tahun ni kitorang gembira lah. Sampai masa raya aidilfitri, sekolah mesti ah buat jamuan.  Kali ni kitorang buat potluck je. Lg banyak makanan hahahahahahah well aku kan suka makan hihihihihihi. Tahun ni tak tahulah kenapa, kelas yang duduk kat tingkat atas sekali, kena buat kat kantin hm. Semua tension masa tu hahahaha


SIAPA YANG CANTIK NI?
Bila trial PT3, ramai la failed. Sbb paper, sekolah sbpi yang buat. Rasanya la. So susah. Sampai cikgu semua ramai tak tahu nak jawab. Tp bila PT3 sebenar, takde la susah sangat. Tp susah la. Huhuhu, bila dah habis PT3 semuanya, tak belajar kat sekolah. Pastu budak kelas buat cadangan, ingat nak buat jamuan akhir tahun untuk kelas 3K5 ni. Pastu jadi lah kita buat. Time last day sekolah.
Rindu nya.



  
GADIS-GADIS
 Okay lah sampai sini je kot cerita kita.
 ( cerita yang agak panjang haha )


Hm ingat tau jangan salah guna kemanisan persahabatan ini. Like before i said.
Okay moga persahabatan kita semua diberkati olehNya. Amin. 
Tapi jangan lupa tau, apa2 hal, family no 1. Sebab dalam susah senang mereka ada sentiasa disisi. Hmm



Senanya aku tgh sedih ni sebab aku baru teringat Puan Wizana. Tetiba bila on ws, dengar berita Puan Wizana meninggal dunia sebab accident. Allah, lemahnya aku. Al fatihah untuk cikgu. HUHUHU

Dalam ingatan ; Puan Wizana, Semua guru yang pernah ajar kundang 5, classmate
 xx, niknurezaila.


Saturday, 7 November 2015

SECRETS OF FRIENDSHIP

Bismillah..
 
3K5 in memories.

Dah lama saya tak update blog. Maaflah, saya tak berpeluang nak buka laptop dan berat tulang nak tunggu hahah. Blog yang saya dah post sebelum ni, saya perlu delete sbb ada sesuatu yg tak kena hehehe. Baiklah, pada pagi yang indah ni, saya ada sesuatu yang nak kongsikan tentang "PERSAHABATAN". Apa itu persahabatan? Jom teruskan baca. Saya hanya dapat kongsikan apa yang saya tahu sahaja. 



3K5 in memories.
Moga semua dapat manfaat.

***

Bersahabat ni adalah satu anugerah yang Allah SWT dah bagi kpd kita. Kalau hidup kita takde sahabat di sisi, hidup kita tentu sekali jadi bosan, takde kemanisan, tertekan, resah, rasa kosong, takde tempat yang boleh kongsi masalah dan lain lain.
TAPI, ramai di kalangan kita tak dapat rasai lagi rasa KEMANISAN BERSAHABAT.

Apa itu kemanisan sahabat??!

You know how Rasullullah SAW loves Abu Bakar? Sehingga Rasullullah kata, kalau aku boleh ada kekasih selain Allah, nescaya Abu Bakar lah kekasihku! 
Korang semua ni tahu tak macam mana cara Abu Bakar cintai nabi? Abu Bakar sanggup menahan sakit di gigit kala jengking di dalam gua thur semata-mata nak halang haiwan tu sengat nabi yang amat dia cintai! Kalau kita? Allah.

Okay then, you know how Rasullullah SAW loves Umar? Sampaikan Rasullullah kata, kalau lah ada nabi selepas aku, nescaya Umarlah nabinya. And awak semua tahu macam mana Umar mencintai nabi? Sampaikan Umar kata, beliau lebih mencintai nabi daripada keluarga dan dirinya sendiri!!
Kalau korang baca kisah nabi dan sahabat baginda, bagaimana mereka cinta mencintai kerana Allah, korang akan dapat rasakan bahawa indahnya bersahabat ini sebenarnya. Allah dah beri kemanisan sahabat, tapi kebanyakannya manusia zaman sekarang ini tersalah guna. Termasuklah diri saya sendiri.

Back to our stories, persoalannya, kita hari ni macam mana? 

✬ SELALUNYA, kita tak suka bersahabat dgn orang yang selalu menegur kita. Kita lebih suka bersahabat dengan kawan yang tak tegur kita, bahkan buat dosa sama-sama dengan kita. 

Kalau kita couple, kita lebih suka bersahabat dengan org yang bercouple. Yang sekepala dengan kita.
Kalau kita ikhtilat, kita lebih suka bersahabat dengan orang2 yang ikhtilat. 
Kalau kita kaki merokok/vapers, kita lebih suka kawan dengan kaki rokok/vapers.
Kalau kita kaki kpop? Barat dan lain lain? Kita lebih suka kawan dengan mereka.

Manakala, orang yang selalu tegur kesalahan kita, ambil berat tentang diri kita, nak bimbing kita, nak selamatkan kita dari maksiat, kita BENCI dia, pulau dia,jauhi dia dan sebagainya. Allah, mohon sama2 terasa hihi

Tahu tak ikhtilat tu apa? Haa yang tak tahu maksud ikhtilat tu, meh sini saya terangkan. Ikhtilat tu, perhubungan antara lelaki dengan perempuan/batasan antara lelaki dgn perempuan.
Sebagai contoh, ada orang kata, "ei teruklah dia tu, tak jaga ikhtilat!". Itu maksudnya dia tu tak jaga ikhtilat dia. 
Sebagai contoh yang lain, kita cakap sesuka hati dgn ajnabi/bukan muhrim. Itu juga digelar tidak menjaga ikhtilat. 
Sebagai contoh yang lain lagi, chatting2, whatsapp, wechat benda yang tak penting dgn ajnabi, itu juga dikira tak jaga ikhtilat. Kecuali, darurat atau apa2lah yang penting? Hm saya pula yang terasa apa yang saya tuliskan ni. It's okay, people can't run from mistakes. Jom sama2 kita ubah ke arah yang lebih baik.

Okay sambung pasal tadi, 

✬✬ Percayalah, kemanisan bersahabat hanya akan dirasai bila kita tunaikan HAK-HAK PERSAHABATAN.

Tegur menegur, bimbing membimbing ke arah kebaikan, support ke arah kebaikan, sering mengingatkan kita tentang Allah, saling mendoakan antara satu sama lain, nasihat kita supaya cegah dari maksiat, tak buat dosa sama sama dengan kita, bekerja dalam dakwah dan tarbiah, menyelamatkan kita time kita lemah semangat dan hampir jatuh, jujur, tidak kutuk belakang, tidak pentingkan diri, dan sebagainya. 

That is HAK UKHWAH yang sebenar.

✬✬✬ Tiap hari ini, ramai yang tak tunaikan hak ni. Sebab apa? Sebab tak jaga ikhtilat. Sebab tu ramai yang tak dapat merasai nikmat berukhwah dan bersahabat SESAMA JANTINA.

Haa yang ni penting, baca tau. Akibat dari tidak dapat rasa nikmat ukhwah dan persahabatan sesama jantina, maka ramailah yang memilih jalan untuk bercouple dan ikhtilat bagi memuaskan diri. Semoga Allah lindungi kita daripada terjebak dengan perkara sebegini.

My dearie friends....

Kalau korang tak dapat merasai lagi nikmat bersahabat, atau, kalau korang masih tak jumpa lagi sahabat yang betul betul memberi perubahan pada korang, tolonglah, cari mereka!.
Dan kalau korang dah jumpa sahabat yang baik, maka, peganglah mereka erat erat! Jangan lepaskan dia. Kerana itulah sahabat yang bakal menjadi sahabat didunia dan di akhirat kelak. Insyaallah.

Ingatlah pesan Imam Syafie:

"Jika engkau mempunyai teman yang selalu membantumu dalam rangka ketaatan kpd Allah, maka peganglah dia erat erat, jangan pernah kau lepaskannya. Kerana mencari teman yang baik itu susah, tetapi melepaskannya sangat mudah sekali..."

wallahua'lam

"Allah, kurniakanlah kami sahabat yang baik, yang mendekatkan diriku dengan agamaMu. Dan, jauhilah aku dari bersama orang orang yang menjauhkanku dariMu."

Alhamdullillah.

Sekian sahaja sampai sini, 
Continue your reading to another post soon.
Yang baik itu datang dariNya,
Yang buruk itu datang dari saya sendiri, niknurezaila.

Semoga kita semua tidak tergolong didalam golongan yang saya katakan diatas.
May Allah protect us from maksiat. Lets change our life with truth ways of Islam together. Sematkan azam dalam hati, " I want to be a better muslim." Allah always help us and He always be with us, so we can ask everything to Him. He never forget us. He loves us. Alhamdullillah.

***
cc: Ust Adnin Roslan (tarbiah sentap) 
xx, niknurezaila.